Panas:SPRM Tahan Bekas S/U Sharizat Rampas 10 Kenderaan

Salah Guna Dana, SPRM Tahan Bekas Adun

PETALING JAYA: Seorang ahli politik terkemuka ditahan untuk disoal siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana menyalahgunakan dana satu program kebajikan kerajaan.

Sumber berkata pada Selasa, lelaki itu yang juga bergelar Datuk dan bekas ahli dewan undangan negeri (Adun) serta bekas setiausaha politik kepada seorang menteri disoal siasat pada Isnin di ibu pejabat SPRM di Putrajaya.

Sebuah portal berita melaporkan lelaki itu ditahan untuk membantu siasatan oleh SPRM berhubung dakwaan penyalahgunaan dana itu.

Laporan itu turut menyebut SPRM turut merampas 10 kereta mewah kepunyaan lelaki tersebut.mstar

*Tiada kaitan dgn fakta kes SPRM
 
Mahkamah bebaskan Suhaimi, 10 kereta mewah dirampas SPRM…

PUTRAJAYA – Datuk Suhaimi Ibrahim, bekas Setiausaha Politik kepada Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dibebaskan dengan ikat jamin mahkamah pagi ini selepas ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) malam tadi, lapor MalaysiaGazette.

Beliau ditahan bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan program 1Azam yang dikhaskan membantu golongan berpendapatan rendah.

Suhaimi dengan tangan bergari dibawa keluar dari bangunan SPRM kira-kira 8.15 pagi ke Kompleks Mahkamah Putrajaya.

Sementara itu, sebanyak sepuluh kenderaan mewah milik Suhaimi turut dirampas SPRM.

Antara kenderaan yang dirampas ialah Toyota Alphard, Vellfire, Camry dan Volkswagen Golf GTI.

Kereta-kereta tersebut diletakkan di Kompleks D Bangunan SPRM.
Nasib baik ada title latuk dan ahli politik… Tak payah dijamin oleh orang lain & letak ribu ribu duit jaminan. Kalau kasim bin kulup tu dah dah kena dah walaupun di syaki mencuri RM1.
Originally Posted by irsaffy/CariGold Forum./17 Sep 2013 11:45am

SPRM rampas 10 kenderaan mewah pembantu Shahrizat
 
KUALA LUMPUR: Seorang bekas pembantu kepada Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) minggu lalu dibebaskan pagi ini.
 
Lelaki berpangkat datuk itu ditahan oleh SPRM Jumaat lalu berhubung dakwaan terlibat dalam penyelewengan program 1Azam yang dikhaskan untuk membantu golongan berpendapatan rendah.
 
Beliau yang juga bekas Adun dan bekas presiden sebuah NGO belia dibebaskan dengan ikat jamin pagi ini.
 
Sementara itu, SPRM dilaporkan turut merampas sebanyak sepuluh kenderaan mewah milik lelaki tersebut.
 
Antara kenderaan yang dirampas ialah Toyota Alphard, Vellfire, Camry, Volkswagen Golf GTI dan mosikal berkuasa tinggi.
 
Program 1Azam adalah program dibawah Kementerian Pembangunan Wanita, keluarga dan Masyarakat Malaysia dilancar ketika Shahrizat menjadi menteri. 
 
Program ini dijalankan oleh Kerajaan Malaysia untuk meningkatkan pendapatan mereka yang tergolong dalam golongan miskin.sumber
Advertisements

Tinggalkan komen

Tiada komen.

Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s