Perbincangan Tidak Rasmi Antara Shahidan Dan Lim Kit Siang….

SHAHIDAN KASSIM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kasim akui sudah mengadakan perbincangan secara tidak rasmi dengan PR melalui Penasihat DAP, Lim Kit Siang, hari ini.

Menurutnya, perbincangan tersebut menyentuh soal Jawatankuasa Pemilih Parlimen.

“Perbincangan tak rasmi saya sedang buat dengan pihak pembangkang. Tadi saya bincang banyak dengan Yang Berhormat Lim Kit Siang.

“Kami berbincang berhubung dengan Jawatankuasa di Parlimen,” katanya kepada Sinar Harian Online ketika ditemui di lobi Parlimen, hari ini.

Menurutnya, Kit Siang ada mengemukakan cadangan dan ia akan dibincangkan esok.

“Beliau telah memberi cadangan dan ia akan dibincangkan oleh jawatankuasa pemilih yang kita akan buat esok. Kita akan putuskan esok,” katanya.

Mengulas soal kesediaan PR untuk berdialog dengan BN, beliau sekali lagi mengulang pendirian agar PR membawa isu yang mahu dibincangkan ke Parlimen.

“Perbincangan ada rasmi dan tak rasmi. Parlimen adalah lebih baik.

Perbincangan rasmi ini kita bawa ke Parlimen. Kita boleh buat usul. Selepas Parlimen ditangguhkan, masing-masing boleh buat usul.

“Saya rasa inilah masa terbaik untuk pembangkang membawanya di Parlimen.

“Kita boleh bincang secara terbuka dan rakyat boleh saksikan,” katanya.

Sebelum ini, PR sekali lagi mengulang kesediaan untuk berdialog untuk membincangkan hal berkaitan ekonomi, perkauman, agama, ekonomi, tata kelola menangani rasuah dan jenayah.sh

Tinggalkan komen

Tiada komen.

Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s