Bayangkan Perasaan Anak Kecil Ini

Photo: Saudara saudari,  Tiada siapa yang mampu lupakan tragedi seorang kanak kanak yang ibunya syahid di Medan Rabaah dan beliau dengan wajahnya yang sangat sedih merintih dan memanggil ‘Mama, Mama’.  Hari ini adalah hari pertama persekolahan pertama bagi kanak kanak di Mesir. Bayangkan saudara dan saudari sekalian. Siapa yang akan menemani si anak kecil ini berpimpin tangan ke sekolah? Siapa yang akan menyediakan sandwich sarapan baginya? Siapa yang akan berinya wang belanja? Siapa yang akan balut buku teksnya?   Siapa yang akan menghantarnya ke sekolah pada hari pertamanya yang mana ia adalah hari yang istimewa bagi setiap kanak kanak? Siapa yang akan menyambutnya tika sekolah sudah tamat? Siapa yang akan menyediakan makan tengah harinya? Siapa yang akan mengejutnya untuk ulangkaji? Siapa yang akan hadir ke sekolah melihat perkembangan pelajarannya?  Allahu Akbar! Allahu Akbar . .  Terdetik di hati aku, apa anak kecil ini bapanya masih hidup atau sudah syahid? Siapa yang menjaga anak kecil ini sekarang?  Dan kalau anak kecil ini sudah redha dengan segala apa yang berlaku kemudian anak kecil ini pergi ke sekolah dan mendapati salah seorang dari gurunya menyokong kudeta kemudian mencela ibubapanya di hadapannya atau mendapati ketika perhimpunan, askar-askar menangkap mereka yang mengangkat simbol r4bia.  Bayangkan perasaan anak kecil ini.  Anak kecil ini bagai bom jangka (time-bomb) yang boleh memberontak bila-bila masa akibat tekanan dari kekejaman dan penyalahgunaan kuasa di kawasannya.  Maafkan aku hai anak kecil. Ibumu syahid dan sehingga kini kami masih belum lagi mampu mengambil haknya kembali meski segala demonstrasi. Tetapi percayalah, sesungguhnya Allah swt sama sekali tidak akan mensia – siakan hak ibumu.  Yang benar, Rakyat Mesir.  Sumber: egyptwindows.net #mesirkini #R4BIA
Saudara saudari,

Tiada siapa yang mampu lupakan tragedi seorang kanak kanak yang ibunya syahid di Medan Rabaah dan beliau dengan wajahnya yang sangat sedih merintih dan memanggil ‘Mama, Mama’.

Hari ini adalah hari pertama persekolahan per tama bagi kanak kanak di Mesir. Bayangkan saudara dan saudari sekalian. Siapa yang akan menemani si anak kecil ini berpimpin tangan ke sekolah? Siapa yang akan menyediakan sandwich sarapan baginya? Siapa yang akan berinya wang belanja? Siapa yang akan balut buku teksnya? 

Siapa yang akan menghantarnya ke sekolah pada hari pertamanya yang mana ia adalah hari yang istimewa bagi setiap kanak kanak? Siapa yang akan menyambutnya tika sekolah sudah tamat? Siapa yang akan menyediakan makan tengah harinya? Siapa yang akan mengejutnya untuk ulangkaji? Siapa yang akan hadir ke sekolah melihat perkembangan pelajarannya?

Allahu Akbar! Allahu Akbar…

Terdetik di hati aku, apa anak kecil ini bapanya masih hidup atau sudah syahid? Siapa yang menjaga anak kecil ini sekarang?

Dan kalau anak kecil ini sudah redha dengan segala apa yang berlaku kemudian anak kecil ini pergi ke sekolah dan mendapati salah seorang dari gurunya menyokong kudeta kemudian mencela ibubapanya di hadapannya atau mendapati ketika perhimpunan, askar-askar menangkap mereka yang mengangkat simbol r4bia.

Bayangkan perasaan anak kecil ini.

Anak kecil ini bagai bom jangka (time-bomb) yang boleh memberontak bila-bila masa akibat tekanan dari kekejaman dan penyalahgunaan kuasa di kawasannya.

Maafkan aku hai anak kecil. Ibumu syahid dan sehingga kini kami masih belum lagi mampu mengambil haknya kembali meski segala demonstrasi. Tetapi percayalah, sesungguhnya Allah swt sama sekali tidak akan mensia-siakan hak ibumu.

Yang benar,
Rakyat Mesir.

Sumber: egyptwindows.net
#mesirkini
#R4BIASee More

Tinggalkan komen

Tiada komen.

Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s