Mukriz Baru Sedar Umno Kekurangan Ulamak

Datuk Mukhriz Mahathir

Umno kekurangan ulama bagi membahaskan isu fahaman Syiah yang semakin menimbulkan salah faham dalam kalangan umat Islam.

Kenyataan itu dibuat Pengerusi Perhubungan Umno Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir ketika menjawab soalan penonton pada sesi Dialog Bersama Pemimpin yang mengupas Impak Krisis Timur Tengah Kepada Malaysia, hari ini.

Beliau juga menyatakan parti selain Umno tidak begitu serius dalam usaha menyekat penyebaran fahaman tersebut.

“Dalam soal Syiah, belah sana nampaknya tak berapa serius nak bersama kita menyekat penyebaran fahaman itu.

“Belah kita pula tak cukup orang untuk bahas soal Syiah,” katanya.

Beliau akui Umno memerlukan lebih ramai ulama seperti Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Ilmuan Malaysia, Fathul Bari Mat Jahaya.

“Ustaz Fatul Bari ada di sini, dia antara yang lantang. (Beliau) masuk (video) dalam Youtube untuk menjelaskan soal Syiah.

“Tapi, tak cukup ramai. Kita perlu lebih ramai lagi,” katanya.

Beliau mencadangkan agar peluang dibuka seluas-luasnya supaya ulama-ulama lain turut bersama Umno membanteras isu Syiah tersebut.

“Saya syorkan, kalau boleh…sepatutnya boleh lah kan? Kita buka peluang seluas-luasnya supaya ulama-ulama ini bersama-sama kita.

“Kalau itu dapat kita lakukan, saya percaya orang yang melihat Umno menjauhi agama, akan kembali bersama kita.

“Dan orang yang dulunya merasakan Pas itu mewakili agama, akan sedar bahawa, kita pun dua kalimah syahadah juga, kita pun sembahyang lima waktu juga, kita pun seIslam dengan mereka juga,” katanya.SH

Advertisements

Tinggalkan komen

Tiada komen.

Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s