Lagi Kejadian Pengawal Keselamatan Rompak Mengunakan Senjata Dan Kad Pengenalan Palsu….

Seorang pengawal keselamatan yang memiliki senjata api merompak sebuah kedai emas di KL Festival City Mall, dekat Setapak pada Khamis.

Rompakan berkenaan berlaku pada pukul 9 pagi dan sumber polis mengesahkan suspek merupakan rakyat Sabah yang menggunakan kad pengenalan palsu.

Timbalan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Polis Kuala Lumpur, Asisten Supritendan, Khairi Ahrasa mengesahkan insiden berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Zakaria Pagan berkata tiada kecederaan mahupun kematian dilaporkan.

Beliau berkata suspek merupakan pengawal keselamatan peribadi kedai emas berkenaan.

Pada 23 Oktober lalu, seorang pengawal keselamatan menembak mati pegawai bank Norazita Abu Talib selepas dia membuka pintu bilik kebal sebuah bank di Subang Jaya.

Suspek berjaya melarikan diri dengan wang rompakan berjumlah RM450,000 daripada bilik kebal bank berkenaan.

Bagaimanapun, polis berjaya menemui semula wang bernilai RM20,000 selepas menahan tiga ahli keluarga suspek dan usaha mengesan pengawal keselamatan berkenaan masih giat dijalankan.

Suspek juga dilaporkan menggunakan kad pengenalan palsu dengan menggunakan alamat terakhir di Tawau, Sabah.mys

Kedaulatan Negara Tergadai” Malaysia Di Jadikan Pengkalan Risikan AS…

Pentadbir di Malaysia terkejut dan bingung berikutan khabar bahawa Amerika Syarikat bermungkin besar menggunakan kedutaannya di Kuala Lumpur untuk mengintip.

“Kami amat bimbang dan mengharapkan penjelasan segera dan kenyataan balas daripada duta AS. Jika benar Kuala Lumpur menjadi sebahagian daripada PRISM atau mana-mana program pengintipan Amerika Syarikat yang lain, ini bermaksud kedaulatan negara kita telah dicerobohi,” Ahli Parlimen Bayan Baru Sim Tze Tzin memberitahu Malaysia Chronicle.

“Ini bukan masanya untuk kerajaan terutamanya Najib Razak, membutakan mata terhadap apa yang berkemungkinan besar adalah pelanggaran hak asasi dan syarat-syarat penubuhan misi AS di sini. Najib mestilah berhenti daripada cuba mengambil hati Obama sehingga ke tahap membuka peluang untuk Malaysia digunakan sebagai stesen mengintip ke atas negara-negara jiran kita. Lebih baik kita menjadi tanah jajahan Amerika Syarikat jika begitu.”

Sim, ahli parti pembangkang PKR, mengulas berita dari media Australia bahawa AS telah mengesan perbualan telefon dan memantau rangkaian komunikasi dari fasiliti pengawasan elektronik dari kedutaan dan konsulatnya di seluruh timur dan tenggara Asia.

Menurut Sydney Morning Herald, maklumat itu telah dibocorkan oleh pemberi maklumat perisikan Edward Snowden.

Diam membisu

Setakat ini, tiada sebarang maklum balas daripada Kementerian Luar Malaysia, manakala Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sedang berada dalam lawatan kerja ke London.

Pemimpin Malaysia itu telah dijangka mengalu-alukan kedatangan Presiden Barack Obama ke Kuala Lumpur pada awal bulan Oktober, dimana sesetengah pengkritik percaya adalah umpan AS untuk Najib supaya menandatangani perjanjian Trans Pacific Partnership atau TPPA Obama yang berkontroversi.

Walau bagaimanapun, lawatan itu terbantut kerana penutupan sebahagian kerajaan Amerika Syarikat yang memaksa Obama untuk berada dalam negara bagi menyelesaikan pertelingkahan dasar ekonomi dengan pesaing Republikannya.

Presiden Amerika Syarikat itu merupakan tokoh yang popular di Malaysia di mana dia dianggap sebagai ‘hero’ dalam isu perkauman.

Pegawai-pegawai kedutaan AS di Kuala Lumpur sehingga kini tidak memberi sebarang ulasan mengenai khabar ‘mengintip’ itu.

Jangan buat bodoh, bertindaklah ke atas perbuatan “jijik” itu

Ketua Pembangkang Malaysia Anwar Ibrahim dengan lantang , menuntut tindakan daripada pentadbiran Najib.

“Orang ramai meluat dengan cara perisikan yang digunakan untuk mengintip … terbaru yang berlaku di Sepanyol, ” Malay Mail melaporkan Anwar sebagai berkata.

“Saya fikir perisikan Malaysia, khususnya Perdana Menteri, tidak harus membiarkan sahaja isu ini dan tunduk tanpa berani berkata apa-apa. Mereka mesti membuat bantahan, tidak ada sebab untuk mana-mana negara asing , sama ada Amerika Syarikat atau mana-mana negara lain terlibat dalam perbuatan mengintip ke atas mana-mana negara . “

Nik Nazmi , seorang lagi pemimpin dalam PKR atau Parti Keadilan Rakyat pimpinan Anwar, menggesa pegawai-pegawai AS untuk memberi penjelasan.

“Ini mencemarkan kedaulatan Malaysia. Kedutaan AS tidak perlu menunggu Najib atau Kementerian Luar Negara Malaysia untuk meminta penjelasan. AS perlu bertanggungjawab menjelaskan kepada rakyat Malaysia jika benar mereka menggunakan KL sebagai pusat untuk mengintip kita dan jiran kita. Dalam pada itu, adakah sesiapa dalam kerajaan Malaysia telah memberi kebenaran terhadap aktiviti rahsia itu?” kata Nik Nazmi kepada Malaysia Chronicle.

Peta rahsia Snowden

Peta rahsia dari Snowden menunjukkan 90 fasiliti pengawasan di seluruh dunia, termasuk fasiliti komunikasi perisikan di kedutaan di Jakarta , Kuala Lumpur, Bangkok , Phnom Penh dan Yangon.

Bertarikh Ogos 13, 2010, peta itu menunjukkan tiada fasiliti seperti itu diletakkan di Australia, New Zealand , Britain , Jepun dan Singapura – negara-negara sekutu rapat AS .

The Sydney Morning Herald berkata Australia menyedari sepenuhnya tahap pengintipan elektronik Amerika Syarikat terhadap jiran-jiran dan rakan-rakan dagangannya dan mempunyai akses kepada banyak data-data yang telah terkumpul.

Menurut peta yang diterbitkan oleh majalah Der Spiegel di Jerman pada hari Selasa, Agensi Perisikan Pusat bersama – kumpulan Agensi Keselamatan Negara yang dikenali sebagai ” Perkhidmatan Koleksi Khas” menjalankan operasi pengawasan yang luas, serta operasi rahsia terhadap sasaran risikan tertentu.

Peta , yang pada mulanya diterbitkan dalam versi penuh di laman web Der Spiegel , kemudiannya telah digantikan dengan versi yang ditapis , menyenaraikan fasiliti Perkhidmatan Koleksi Khas di 90 lokasi di seluruh dunia , termasuk 74 fasiliti yang dikendalikan, 14 fasiliti yang dikendalikan dari jauh dan dua pusat sokongan teknikal.

5- pusat rangkaian: China tumpuan utama

Hanya dikeluarkan khas untuk ” FVEY ” – Rakan “5- pusat” perisikan Amerika Syarikat adalah termasuk Australia – peta mendedahkan AS melakukan operasi sulit di fasiliti perisikan dan komunikasi di kedutaannya di Jakarta , Kuala Lumpur, Bangkok , Phnom Penh dan Yangon.

Kedutaan Amerika Syarikat di Bangkok juga mempunyai pasukan sokongan teknikal yang di kendalikan dari jauh iaitu di konsulat AS di ibu kota Thai wilayah Chang Mai.

Di timur Asia, usaha pengumpulan perisikan AS bertumpu kepada China, dengan fasiliti yang terletak di kedutaan AS di Beijing dan konsulat AS di Shanghai dan Chengdu, ibu kota wilayah Sichuan di barat daya China. Satu lagi fasiliti pemantauan terletak pejabat diplomatik tidak rasmi AS di Taipei.

Peta mengesahkan isyarat risikan AS yang berada di hampir serata dunia dengan fasiliti mengumpul khas yang bertempat di kebanyakkan ibu kota di setiap benua.

Terdapat lapan fasiliti di selatan Asia termasuk di kedutaan AS di New Delhi dan Islamabad. Timur Tengah dan Afrika Utara yang mempunyai tidak kurang daripada 24 fasiliti , manakala sub –Sahara di Afrika mempunyai sembilan lagi fasiliti.malaysia-chronicle.com

Tuan Guru Haji Hadi:Umno Celaru Dengan Kalimah Allah

Sharizat Anggap Susu Tamat Tempoh Isu Remeh?….

JERAI: Pengundi di sekitar Unit Peti Undi Sungai Dedap, di sini terkejut dan kecewa dengan susu krimer tamat tempoh yang ‘dihadiahkan’ BN sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Limau.Susu krimer yang diberi bersama tepung gandum, beras dan gula itu diterima mereka semalam ketika petugas kempen BN berkempen ke rumah mereka.Di beg plastik luar pula, tertera nama dan gambar Ahli Parlimen Baling Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim.
Pada bahagian bawah tin susu tersebut tertera tarikh luput pada 26 Oktober 2013 iaitu dua hari lalu.Kecewa dengan keadaan itu, seorang pengundi tampil mendedahkannya di sidang media PAS di sini.Khairul Hartimi, 35, berkata perkara itu disedari adik perempuannya ketika membuka plastik barangan tersebut untuk melihatnya.“Saya berasa sedih dan marah, walaupun kami orang kampung, jangan hina kami macam ini.“Kita hargai pemberian orang, tapi beri lah dengan ikhlas, beri la barangan yang baik-baik dan masih elok,” katanya ketika ditemui Harakahdaily.HD

Shahrizat Abdul Jalil

YAN – Tindakan Pas membangkitkan isu tarikh luput susu sumbangan Barisan Nasional (BN) kepada penduduk menunjukkan parti itu hanya pentingkan isu remeh, kata Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.SH

SHARIZAT JALIL BUKA SAJA MULUT TERUS BAU LONGKANG! Adakah isu kesihatan rakyat dia anggap isu remeh apa punya banggang ketua wanita Umno ni!…Susu yang tamat tempoh boleh menjejaskan kesihatan rakyat,Sharizat jangan menghina rakyat sungai limau dengan menggangap sumbangan susu yang luput tarikh sebagai isu remeh…Kalau hangpa tak tau AKU nak bagi tau ni la perangai orang Umno BN yang tak elok tamat tempoh tak ada kualiti semuanya untuk rakyat yang baik sihat semua untuk depa,Umno BN buat atau memberi sesuatu bukannya ikhlas…Aku rasa elok jugak kutip balik semua susu yang tamat tempoh tu bagi kat Ibu lembu BANGANG ni tengok dia ambik dak?Sharizat semua dia anggap isu remeh {NFC} gagau berjuta-juta ringgit pun isu remeh,pecah amanah pun remeh juga..IBU LEMBU BANGANG HOI !!! PAS bangkitkan isu susu tamat tempoh yang di sumbangkan kepada rakyat oleh Umno adalah kerana PAS perihatin kepada rakyat, bukan macam hangpa barang yang tamat tempoh pun boleh bagi kepada rakyat dan lansung tak sensetif  dengan menipu rakyat Sungai Limau…Aku harap pengundi-pengundi Sungai Limau jangan dok bagi satu undi pun pada puak-puak UBN penipu Rakyat ni,Tolong jadi cerdik sikit Tolak UBN !

SHARIZAT BEROTAK LEMBU BEMULUT LONGKANG..

HANGPA PIKIAQ LA SENDIRI!!!

Dulu Puji Sekarang Keji,Tun Mahathir Kata Pentakbiran Najib Lemah

Tun Dr Mahathir Mohamad (gambar) hari ini menyifatkan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak lemah disebabkan melayan kehendak ekstremis pembangkang serta semakin kurang mendapat sokongan.

Bekas Perdana Menteri itu belum pernah mengkritik pentadbiran Najib sejak Tun Abdullah Ahmad Badawi melepaskan jawatannya pada April 2009 malah pernah memuji pemerintahan Najib lebih baik berbanding Abdullah.

“Keadaan politik sekarang tidak stabil kerana wujud persepsi kerajaan lemah dan orang yang tidak betul memimpin negara.

“Kita mempunyai kerajaan yang lemah kerana kurang sokongan rakyat selain memenuhi keperluan ekstremis dalam puak pembangkang.

“Apa yang paling teruk adalah mereka membuat tuntutan melampau untuk meninggalkan kerajaan apabila permintaan tidak dipenuhi. Jika anda fikir mereka akan mengucapkan terima kasih dan memberi sokongan. Ia satu kesilapan,” katanya.

Dalam ucapannya bertajuk Trend Politik Semasa serta Kesan kepada Hala tuju Ekonomi dan Sosial Malaysia, Dr Mahathir berkata,  golongan pertengahan lebih gemar menyampaikan apa yang terbuku di fikiran mereka dan pada masa sama kerajaan perlu meluangkan lebih masa kepada golongan majoriti yang tidak gemar bersuara.

Katanya, tiada keperluan bagi kerajaan melayan kehendak kumpulan pelampau.

Dr Mahathir berkata, kerajaan harus faham kehendak golongan pertengahan dan meyakinkan mereka untuk sama-sama mempromosikan kestabilan.

“Ini contoh jelas kesan politik kepada ekonomi kerana kerajaan dilihat lemah dan melayan kehendak pelampau yang mengakibatkan keadaan negara dalam bahaya.

“Saya berharap golongan pertengahan ini tidak dipersia-siakan. Mereka perlu berani membuat pilihan, bukan atas kehendak sendiri tetapi demi kebaikan negara, politik dan masyarakat,” katanya. –MI

Tarik Sabsidi Gula Kroni Untung RM1Bilion

Subsidi gula sebanyak 34 sen dihapuskan bermula Sabtu lalu iaitu sehari selepas pembentangan Bajet 2014. Gambar fail.

Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendakwa penghapusan subsidi 34 sen sekilogram bagi gula memberikan keuntungan sebelum cukai syarikat monopoli gula sehingga RM1 bilion dengan lonjakan keuntungan 20% hingga 25%.

Ketua Pembangkang itu berkata, penghapusan subsidi itu hanya menjimatkan wang kerajaan sebanyak RM551.25 juta.

“Apa yang menjadi pertanyaan kita ialah mengapa korporat mendapat keuntungan berganda akibat penghapusan subsidi gula dan rakyat dibebankan dengan kenaikan harga gula,” katanya di Parlimen hari ini.

Beliau berkata, liberalisasi gula perlu dilakukan untuk mengelak monopoli berterusan yang boleh mengekang kenaikan harga gula akibat pemotongan subsidi dengan penyertaan syarikat baru.

Anwar berkata, pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) gagal mengimbangi pengurangan subsidi dengan sejumlah RM7.29 bilion subsidi dikurangkan bagi 2014 dengan RM39,408 bilion berbanding RM46.698 bilion pada 2013.

“Potongan subsidi sebanyak RM7.29 bilion jauh melebihi kenaikan bayaran BR1M untuk 2014. Kesimpulannya, perbezaan sebanyak RM5.6 bilion yang dikutip oleh kerajaan ini masih akan dibiayai oleh penerima BR1M kerana pengurangan subsidi walaupun BR1M ditambah,” katanya.

Semasa membentangkan Bajet 2014 pada Jumaat, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan penghapusan subsidi gula secara serta-merta.MI

Harga Minyak Bakal Naik Lagi Kata Pakar Ekonomi Bank Dunia….

Pakar ekonomi Bank Dunia ramal subsidi minyak akan dipotong tahun depan. Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 28 Oktober, 2013.

Pakar ekonomi Bank Dunia Dr Frederico Gil Sander meramalkan kerajaan akan memotong subsidi minyak kali kedua tahun depan bagi menangani defisit fiskal yang dihadapi selama 15 tahun berturut-turut.

September lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan kenaikan harga RON95 dan diesel sebanyak 20 sen, sekaligus menimbulkan kemarahan dan kritikan daripada orang ramai dan juga pembangkang Pakatan Rakyat (PR).

“Kelihatannya mungkin ada satu lagi pusingan (rasionalisasi subsidi minyak),” kata Frederico semasa ditemui sebaik berakhir Dialog Pasca Bajet 2014 anjuran Persatuan Ekonomi Malaysia di Bukit Kiara hari ini.

Frederico yang bertugas di Jabatan Asia Timur dan Pasifik, Membasmi Kemiskinan dan Pengurusan Ekonomi, berkata berdasarkan pembentangan Bajet baru-baru ini adalah isyarat jelas Putrajaya akan mengambil langkah rasionalisasi tersebut pada tahun depan.

Subsidi minyak merupakan jumlah terbesar yang dibelanjakan oleh kerajaan setiap tahun, dianggarkan berjumlah RM24.8 bilion atau 53% daripada keseluruhan RM47 bilion wang yang dibelanjakan untuk subsidi sahaja.

“Jika dilihat pada peruntukan, untuk peruntukan minyak dijangka akan menurun secara signifikan tahun depan.

“Di mana saya berpendapat ia adalah isyarat kemungkinan akan berlaku rasionalisasi subsidi minyak bagi memastikan sasaran dapat dicapai,” kata beliau yang merujuk kepada sasaran kerajaan mengurangkan defisit fiskal pada paras 3% daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) pada 2015 dan bajet berimbang pada 2020.

Sementara itu, Frederico berpandangan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang diumumkan baru-baru ini adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan bagi mengelak kebergantungan kepada hasil minyak semata-mata.

Jumaat lepas, Najib mengumumkan melaksanakan cukai kontroversi GST bermula 1 April, 2015 pada kadar 6%.

“GST sangat berguna, ia bagi mengelak terlalu bergantung kepada hasil minyak semata-mata,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua yang turut berada dalam dialog tersebut tidak menolak cukai tersebut mampu menjana pendapatan kepada negara tetapi menegaskannya bukan jaminan akan tidak boros serta melebihi bajet yang telah diperuntukan.

“Apabila menjana hasil yang besar, kerajaan juga berbelanja besar menjangkaui peruntukan setiap tahun

“Sejak beberapa tahun ini, kerajaan telah memohon bajet perbekalan tambahan kerana peruntukan yang diberikan tidak mencukupi,” kata Pua.

Awal bulan lalu sebelum pembentangan bajet, Dewan Rakyat telah meluluskan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2013) sebanyak RM14,125,580,900 kepada beberapa kementerian sebagai perbelanjaan mengurus.

Selain itu, Laporan Ketua Audit Negara baru-baru ini juga mendedahkan beberapa ketirisan dan kebocoran melibatkan beberapa kementerian kerajaan yang mengakibatkan kerugian jutaan ringgit.

Bagaimanapun, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menyifatkan pembentangan bajet kali ini menunjukkan keseriusan kerajaan untuk menangani defisit fiskal terutamanya selepas laporan oleh agensi penarafan global Fitch Ratings yang meletakkan Malaysia pada kedudukan negatif.

“Kita perlu menghantar mesej bahawa kita serius untuk mengatasi defisit fiskal.

“Tapi saya juga bersetuju supaya satu langkah yang tegas perlu diambil untuk mengatasi kebocoran dan ketirisan seperti didedahkan Ketua Audit baru-baru ini,” kata Khairy.

Najib membentangkan bajet 2014 bertemakan “Memperteguh Ketahanan Ekonomi, Memperkasa Transformasi dan Melaksana Janji”, merangkumi lima teras utama bajet iaitu merancak aktiviti ekonomi, mengukuh pengurusan fiskal, menggungul modal insan, mempergiat pembangunan bandar dan luar bandar, dan mensejahtera kehidupan rakyat.MI