Gempar:KBS Penipu Konsert K-Pop Bernilai Rm1.6Juta Guna Wang Rakyat Dan Bukan Tajaan

KBS penipu, konsert K-pop bernilai RM1.6 juta bukan tajaan

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) membelanjakan RM1.6 juta bagi membawa tiga kumpulan penyanyi K-pop ke Malaysia sempena sambutan Hari Belia Kebangsaan tahun lalu.

Laporan Ketua Audit Negara 2012 semalam mendedahkan penganjuran konsert itu datangnya daripada dana kerajaan meskipun KBS menafikan tahun lalu dengan mengatakan kos konsert itu ditanggung penaja.

Tiga kumpulan K-pop berkenaan adalah U-Kiss, Teen-Top dan Dal Shabet manakala persembahan mereka dibawakan oleh Stadium First Sdn Bhd Laporan audit itu turut mendedahkan KBS telah berbelanja melebihi had iaitu RM1.11 juta untuk promosi dan publisiti untuk acara tersebut.Selain itu, KBS ditegur kerana membelanjakan RM48,300 untuk ‘lawatan kerja’ ke Institut Kemahiran Belia Negara di Jitra, Songkhla, Phuket dan Krabi di Thailand untuk 21 sekretariat Hari Belia Kebangsaan dan pegawai kanan kementerian.

KBS juga turut membelanjakan RM75,966 untuk promosi makan malam dan minum petang serta penginapan untuk wartawan.

Laporan itu juga mendapati perbelanjaan melampau termasuk bayaran RM50,000 kepada 50 penulis blog dan pengurusan syarikat serta jumlah amaun sama untuk promosi dan publisiti.

KBS juga didapati membayar RM7,500 kepada tiga penulis blog dalam bentuk elaun harian untuk liputan selama lima hari.

Tidak ketinggalan, perbelanjaan KBS sebanyak RM3.32 juta untuk satu juta kad keahlian Rakan Muda.MI

Tinggalkan komen

Tiada komen.

Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s