Siapa Yang Bohong Khairy,Ahmad Shabery Atau Audit Negara?

 

Kecelaruan penjelasan sehingga saling bercanggah berhubung isu bayaran RM1.6 juta kepada artis K-Pop sempena Himpunan Jutaan Belia 2012, menmbah persoalan baru kepada rakyat.

Jika sebelum ini rakyat mempersoal kewajaran membelanjakan sejumlah tersebut semata-mata untuk tujuan hiburan, kini persoalan baru mengarah kepada cakap siapakah yang benar.

Laporan Ketua Audit 2012 merumuskan bahawa bayaran RM1.6 juta kepada artis K-Pop dibuat oleh Kementerian Belia dan Sukan.

Menurut laporan itu, bayaran kepada artis dari Korea sempena Himpunan Jutaan Belia 2012 yang diadakan pada 23 hingga 27 Mei 2012 di Putrajaya itu juga tidak berhemat.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar juga mengakui pihak kementeriannya membayar jumlah itu untuk membawa tiga kumpulan K-Pop ke Malaysia untuk mengadakan konsert pada sambutan tersebut.

Bagaimanapun, bekas menteri itu Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek pula menegaskan wang itu datang daripada para penaja yang telah dimasukkan ke dalam akaun Majlis Sukan Negara dan tidak diambil kira oleh pihak audit.

Timbalan Speaker Dewan Negeri Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad ketika mengulas perkara itu berkata, rakyat kini mahu tahu siapa yang bercakap benar dan siapa yang bohong.

“Saya ingin mengetahui siapakah yang betul di dalam kontroversi konsert K-Pop ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau turut mempersoal adakah Khairy bersedia memberi jaminan kepada rakyat Malaysia bahawa kementeriannya tidak lagi akan terperangkap di dalam perbelanjaan yang dipertikaikan seperti itu.

Kewajaran membelanjakan RM67.61 juta wang rakyat untuk keseluruhan Sambutan Hari Belia Negara 2012  katanya menimbulkan persoalan.

Menurutnya bukan sahaja soal perbelanjaan yang banyak, tetapi juga soal kesan positif  terhadap anak dari pengisian di program tersebut yang boleh dipertikaikan. 

“Berapa banyakkah wang tersebut memberi kesan secara langsung kepada anak muda yang sepatutnya menerima manfaatnya, dan berapa banyakkah pergi ke syarikat pengurusan acara yang mengaturkan program tersebut?

“Hakikatnya RM67.61 juta boleh digunakan untuk memperbaiki kedudukan dan memberikan manfaat kepada anak muda negara. 

“Wang tersebut boleh digunakan untuk kemudahan sukan, pemerkasaan diri dan inisiatif-inisiatif lain yang mampu memberi kesan yang berpanjangan di kalangan generasi muda,” jelasnya.

Tinggalkan komen

Tiada komen.

Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s