Umno Tak Pernah Tranform Kata Timbalan Pengerusi Majlis Profesor Negara (MPN), Profesor Ulung Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin

Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin

‘Saya tak pernah dengar Umno transformasi.’

Demikian reaksi Timbalan Pengerusi Majlis Profesor Negara (MPN), Profesor Ulung Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin ketika diminta mengulas soal transformasi politik dalam sesi diskusi Memacu Transformasi Politik Malaysia.

Soalan dibangkitkan moderator yang juga Penasihat Eksekutif Editorial, Datuk Abdul Jalil Ali berhubung usaha Umno meremajakan parti itu dengan mewujudkan transformasi namun mengetengahkan calon yang tidak bersih.

“Saya tak pernah dengar Umno transformasi. Yang saya dengar, Malaysia yang transformasi,” katanya pada sesi diskusi anjuran Sinar Harian dan Akademi Belia, hari ini.

Beliau berpendapat, Umno tidak perlukan transformasi sebaliknya melihat strategi yang boleh diguna pakai dalam menarik sokongan.

“Pada saya, Umno tak perlu transformasi. Umno perlu lihat apa strateginya.

“… soalnya strategi dapatkan sokongan. Bagaimana nak kukuh apa yang mereka ada sekarang,” katanya.

Diskusi ini membincangkan kandungan buku karya bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berjudul Memacu Transformasi yang baru dilancarkan, petang ini.

Selain Shamsul Amri, diskusi ini turut menampilkan Penasihat Sosial Masyarakat India Malaysia, Dr Vijay Shanmugam dan Bekas Pengerusi Perhubungan Kelab Umno Luar Negara-Australia/New Zealand, Izhar Moslim.SH

Tinggalkan komen

Tiada komen.

Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s