Kenyataan Bangang Dan Racist Dari Mantan Ketua Menteri Melaka….Ali Rustam Kecam Cina Di acara Usahawan Bumiputera

Ali Rustam pada hari nominasi sebagai calon naib presiden Umno. Gambar The Malaysian Insider, 7 Oktober, 2013.

Dalam usaha mendapat sokongan dalam pemilihan Umno akan datang, Datuk Seri Mohd Ali Rustam (gambar) menuduh kaum Cina terlibat dalam perniagaan haram di negara ini.

“Kita umat Islam tidak boleh membuka kasino, 4D, Toto, perjudian, rumah urut dan syarikat pinjaman wang haram. Ini semua haram. Kaum Cina sahaja yang terlibat dengan semua perniagaan haram ini,” katanya kepada kira-kira 100 hadirin di majlis usahawan yang dianjurkan oleh Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) hari ini.

“Bukanlah orang Cina pandai berniaga tetapi perniagaan mereka kebanyakannya haram.”

Bekas Ketua Menteri Melaka itu berkata meskipun beliau berhempas-pulas pada pilihan raya umum lalu namun beliau tetap tidak diundi oleh kaum Cina.

Mohd Ali baru-baru ini dilantik sebagai pengerusi PUNB, satu agensi yang ditubuhkan untuk menambah penglibatan Bumiputera dalam perniagaan.

“PUNB hanya dianggap berjaya apabila sesebuah rangkaian perniagaan itu bermula dari pembekal sehinggalah ke penjual terakhir adalah orang Melayu,” katanya.

Ucapannya kemudian terarah kepada DAP sambil berkata jika parti pembangkang mengambil alih negara, orang Melayu akan merempat di Sungai Gombak. 

Mohd Ali kemudiannya berkata Pulau Pinang tidak akan kekal sebagai hab pelancongan kerana ketua menterinya seorang yang rasis.

“Tidak mustahil baginya menekan orang Melayu sehabis-habisnya,” katanya merujuk kepada Lim Guan Eng.

Beliau menuduh DAP mendapatkan tanah Bumiputera dengan menggunakan orang Melayu yang kemudiannya untuk membina apartmen.

“Tiada siapa tahu apa yang bakal berlaku lima tahun akan datang,” katanya.

Mohd Ali turut mendakwa negeri Kelantan di bawah pentadbiran PAS dan mempunyai hasil balak tetapi hanya ahli DAP yang mendapat kontrak.

Katanya, DAP mahu mendapatkan Melaka tetapi penduduk di sana menolak parti berasaskan kaum dan memberi undi kepada Barisan Nasional (BN).

“DAP mahu menghapuskan Perlembagaan yang menjaga hak kaum Melayu. Selagi Perlembagaan masih kekal, mereka akan terus bertindak sedemikian.

“Kaum Cina mahukan segalanya. Orang Melayu telah layan mereka dengan baik.

“Apabila kaum Cina mahukan pertolongan membina sekolah dan biasiswa, kerajaan berikan kepada mereka. Tetapi pada hari pilihan raya, mereka lupa semua ini. Apa yang penting bagi mereka mengambil alih kuasa orang Melayu dan menjadikan mereka ‘pendatang’.”

Mohd Ali turut mengkritik kumpulan pendidikan Cina, Dong Zong yang mahukan kerajaan membenarkan peperiksaan PMR dan SPM dijalankan dalam bahasa Cina.

“Permintaan ini tidak dilayan di luar negara. Jika mereka mahu semua permintaan dipenuhi maka penuhi tunturan kita dahulu untuk menutup semua sekolah vernakular dan menjadikan sekolah kebangsaan seperti di Thailand dan Singapura,”,tmi

 

Advertisements

Tinggalkan komen

Tiada komen.

Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s