Semakin Panas Gerakan Bagi Kata Dua Kepada Zahid Hamidi,Perjelas Atau Tarik Balik…

Gerakan menuntut Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi menjelaskan atau menarik balik kenyataannya yang memberi gambaran lebih baik suspek ditembak terlebih dahulu, sebelum siasatan dijalankan.

NONENaib presidennya A Kohilan Pillay (kanan) berkata, kenyataan sebegitu boleh mewujudkan salah guna kuasa pihak polis dan membangkitkan kemarahan orang ramai yang merosakkan reputasi pasukan keselamatan itu yang makin terhakis.

“Dengan menggunakan dasar itu, kerajaan sekali lagi menunjukkan keangkuhan kepada pihak yang mahukan sebuah pasukan yang cekap, bukan yang disalah guna,” kata Kohilan.

Menggelarkannya sebagai “menteri yang tidak wajar”, beliau berkata, Gerakan dan parti lain yang berfikiran terbuka ragu-ragu dengan langkah memberikan lebih kuasa kepada pasukan polis.

Dalam sebuah program di Melaka pada Sabtu lalu, Zahid antaranya berkata, mangsa-mangsa rompakan kebanyakannya orang Melayu dan langkah terbaik dengan tidak berkompromi dan “tembak dulu” jika terdapat bukti.

“Jangan ada lagi amaran kepada mereka, kita dapat bukti kita tembak dulu,” katanya.

Tinggalkan komen

Tiada komen.

Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s