Adakah Najib Baru Sedar,Atau Tersedar Atas Desakan Rakyat Yang Menolak TPP..

Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA)

NUSA DUA – BALI. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata Malaysia bukan ‘pak turut’ dalam rundingan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP), satu inisiatif bagi mewujudkan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) di seluruh rantau Asia Pasifik, demi menjaga kepentingan negara.

Sebaliknya beliau berkata Malaysia telah menyatakan pendiriannya dengan tegas untuk melakukan proses dalaman iaitu menerangkan perjanjian berkenaan kepada kabinet, rakyat Malaysia serta perbahasan di Parlimen, sebelum membuat keputusan.

“Kita tak jadi ‘Pak Turut’ sama sekali, itu tidak benar,” katanya kepada pemberita Malaysia selepas menghadiri mesyuarat para pemimpin TPP, di sini hari ini.

“Kita masuk dengan kerelaan hati kerana kita merupakan sebuah negara perdagangan, antara yang terbesar di dunia, sebab itu kita ada kepentingan untuk masuk sebagai rakan TPP dan berpeluang menentukan kerangka FTA yang baharu di dunia.”

Najib berkata Malaysia tidak akan dapat memberi input dan pandangan bagi mencorakkan perdagangan bebas dunia jika negara tidak terlibat dalam rundingan itu.

Perdana Menteri berkata mesyuarat TPP telah menerima pendirian Malaysia bahawa perjanjian ini akan melalui proses dalaman yang melibatkan penerangan kepada kabinet, rakyat Malaysia serta perbahasan di Parlimen.

Beliau berkata proses tersebut diambil memandangkan perjanjian ini menyentuh perkara tertentu dan berkaitan soal kedaulatan negara, termasuk hak untuk menentukan dasar-dasar tempatan — harta intelektual, penyelesaian pertikaian pelaburan negara, pemerolehan kerajaan, perusahaan milik negara, alam sekitar dan buruh.

“Saya nampak mereka faham mengenai apa dan kenapa Malaysia menyatakan pendirian tersebut, walaupun kebanyakan mereka itu berkehendakkan perjanjian ini dimuktamadkan secepat mungkin supaya momentumnya tidak tersekat, memandangkan mereka tidak ada cabaran dan sensitiviti seperti dalam konteks Malaysia,” kata Perdana Menteri.

Najib berkata penglibatan Malaysia dalam TPP akan diteruskan sehingga teks akhir perjanjian lengkap, dan kerajaan akan menimbangkannya berasaskan sokongan rakyat, sama ada menerima atau tidak perjanjian ini.

Dalam pertemuan bersama 12 negara yang terlibat dalam TPP itu, Perdana Menteri turut menjelaskan bahawa Malaysia tidak ada masalah dalam aspek perdagangan dan pelaburan kerana mempunyai rekod cemerlang sebagai ekonomi yang terbuka dan menjadi destinasi pelaburan yang disenangi pelabur. – Bernama

Adakah Najib baru sedar pejanjian TPP bakal merugikan negara dan rakyat Malaysia keseluruhannya…Walaupun sebelum ini Najib dan berberapa Menteri cuba mepertahankannya..\NGO dan PR yang paling lantang menyuarakan kebimbanggan serta bantahan terhadap perjanjian TPP dalam protes,demo dan juga kenyataan di Media,Tak lupa Mentor Merangkap Murshidul Am Umno Tun Mahathir juga dalam kenyataaan beliau menolak dan juga tidak bersetuju dengan TPP ini….Jadi adakah kerana semua ini membantutkan perjanjian TPP,Atau Najib dan kerajaan ada perancangan lain,Kita sama-sama tunggu dan lihat la no…..HANGPA PIKIAQ LA SENDIRI.

Advertisements

Tinggalkan komen

Tiada komen.

Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s