Nooh Gadut Berebut Dan Syok Sendiri….

Penasihat Majlis Agama Islam Johor Datuk Nooh Gadut tidak wajar gopoh dan terlalu teruja menggugurkan akidah umat Islam yang bersetuju dengan langkah penganut Kristian menggunakan kalimah Allah, kata pensyarah kanan Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Dr Maszlee Malik.

Katanya, perintah mahkamah berhubung kes itu hanya menyentuh soal semakan kehakiman terhadap keputusan pentabbiran dan bukan fatwa halal haram.

“Maka, adalah tidak wajar mantan mufti tersebut begitu teruja untuk menggugurkan akidah sesama Muslim yang tidak bersetuju dengan keputusan tersebut,” kata Maszlee.

Nooh yang juga bekas mufti Johor hari ini dilaporkan memberi amaran bahawa umat Islam yang mempertikai keputusan Mahkamah Rayuan berhubung kes penggunaan kalimah ‘Allah’ boleh menjadi kafir dan murtad.

Nooh dilaporkan berkata, tindakan mempertikai keputusan berkenaan juga “mencerminkan akidah dan syariat mereka sesat serta keji dari segi akhlak”.

Dalam kenyataannya kepada Malaysiakini lewat petang semalam, Maszlee berkata, keputusan mahkamah hanya mengenai larangan menggunakan nama Allah dalam mingguan Katolik The Herald.

Menurutnya lagi, ini berkaitan permohonan yang bersifat “admistrative in nature” dan bukan kepada subjek hukum.

Semalam, bekas mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin juga menyuarakan kebimbangan yang hampir sama.

Menurutnya pandangan Nooh itu mempunyai kesan yang amat besar sehingga melibatkan seluruh dunia Arab dan ulama terkemuka, seperti Dr Yusof Qardawi dan Dr  Wahbah Zuhaili – yang membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh Kristian.mk

Tinggalkan komen

Tiada komen.

Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s