Umno Cakap Tak Serupa Bikin….

 

PAS menyifatkan Umno hanya boleh bercakap sahaja untuk berubah tetapi dengan terpilihnya pemimpin Umno semalam, parti  itu ternyata tidak mengubah apa-apa sebenarnya.

“Ubah apa, Shahrizat pun boleh menang. Tiga naib presiden juga kekal,” kata Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Rani Othman (gambar) dalam ceramah yang turut disertai Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad malam tadi di majlis ceramah perdana di Dewan MBSA Shah Alam.

Semalam, Umno mengekalkan ketiga-tiga naib presidennya apabila Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Shafie Apdal dan Datuk Seri Hishamuddin Husein menang menewaskan tiga calon lain selepas presiden dan timbalannya juga kekal.

Dalam pada mereka menang, tokoh yang dilihat cuba untuk membuat perubahan dalam Umno, Datuk Saifudin Abdullah kalah dalam usahanya mempertahankan jawatan Timbalan Ketua Umno Temerloh.

Dr Rani berkata, jika mendengar media Umno, pelbagai tuduhan yang dibuat terhadap PAS termasuk peranannya dalam kerajaan negeri Selangor.

Katanya, semua ahli dan penyokong PAS tidak perlu melayan tohmahan pelbagai pihak yang mendakwa PAS jadi kuda tunggangan DAP dan sebagainya kerana kini adalah masa terbaik untuknya menyampaikan Islam.

“Seperti kata Datuk Nik Aziz Nik Mat, PAS sekarang di keadaan yang sangat cantik untuk sebarkan Islam,” katanya.

Sehubungan itu, katanya, beliau meminta semua ahli PAS memainkan peranan semaksima mungkin bagi menyebarkan Islam menerusi peranan mereka di pelbagai peringkat.

“PAS kuda DAP ke, apa ke, jangan layan,” katanya.

Beliau memberikan contoh skim pinjaman mikro kredit yang diketuainya di Selangor.

“Yang dapat, 75 Cina, 208 India dan ribuan Melayu. Siapa yang sebenarnya untung daripada kerajaan.

“Begitu juga bantuan untuk persekolahan, sekolah Cina dapat RM6 juta setahun, sekolah Tamil dapat RM4 juta setahun. Sekolah agama rakyat yang hendak ditutup Umno dapat RM8 juta setahun.

“Apakah RM6 juta lebih daripada RM8 juta,” katanya.

Beliau juga memaklumkan, gaji guru Kelas Fardhu Ain di Selangor juga dinaikkan oleh kerajaan negeri Pakatan Rakyat.

“Dahulu, elaun mereka RM750 sebulan. Itu pun Umno mahu potong RM200. Tetapi apabila Pakatan menang, kita naikkan kepada RM1,500 sebulan.

“Masalahnya, maklumat seperti ini tidak sampai kepada rakyat,” katanya.

Advertisements

Tinggalkan komen

Tiada komen.

Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s