Kalimah Allah Sarjana Islam Amerika Tertawakan Malaysia

Sarjana agama terkemuka dari Amerika Syarikat Reza Aslan turut sepakat dalam kritikan terhadap larangan penggunaan kalimah Allah di Malaysia dan mengatakan keputusan Mahkamah Rayuan minggu lalu merupakan satu keputusan politik.

Dalam satu wawancara bersama radio BFM, Reza (gambar) menegaskan, penganut Kristian menggunakan kalimah Allah yang membawa maksud Tuhan dalam bahasa Arab dan ianya bukanlah satu ancaman kepada Islam.

“Pengganas Taliban meletakkan bom bersama Al-Quran dan membawanya ke sebuah masjid di Pakistan pada Hari Raya Korban. Inilah ancaman kepada Islam,” katanya.

 

Minggu lalu, seorang Gabenor di Afghanistan terbunuh selepas sebutir bom yang diletakkan berhampiran Al-Quran meletup semasa beliau sedang menyampaikan ucapan Aidiladha.

Reza yang menulis buku “No God But God: The Origins, Evolution, and Future of Islam” hairan dengan keputusan Mahkamah Rayuan di Malaysia kerana kalimah Allah merupakan istilah merujuk kepada Tuhan, “sebarang jenis Tuhan”.

“Allah daripada perkataan Al-Ilah. Itulah asal perkataannya. Al-Ilah bermaksud Tuhan. Allah bukan nama Tuhan. Sesiapa yang fikir Allah adalah nama Tuhan bukan sahaja silap tetapi bertentangan dengan Al-Quran itu sendiri.

“Ini bukan satu interpretasi. Ia fakta sejarah,” katanya.

Minggu lalu, tiga panel Mahkamah Rayuan dalam penghakimannya menetapkan “kalimah itu bukan perkara asas dalam kepercayaan dan amalan Kristian serta penggunaannya akan mencetuskan kekeliruan di kalangan umat Islam”.

Keputusan itu mencetuskan perdebatan di antara sarjana sementara masyarakat Islam antarabangsa melahirkan rasa hairan atas kecelaruan yang terjadi.

Reza turut tertawa kecil mengenangkan keputusan mahkamah sambil berkata, “bagaimana anda boleh membacanya dan tidak tertawa?”

Selepas mahkamah mengumumkan keputusan itu, Reza dalam kiriman Twitter menulis, “Bagaimana Malaysia boleh menjadi bodoh? Di Malaysia melarang penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam, saya rasa Amerika telah melarang perkataan ‘twerking’ kepada mereka yang berumur 17 tahun”.

“Larangan itu bukan sahaja menyebabakan penganut Kristian tidak boleh menggunakan kalimah itu tetapi turut memberi ancaman kepada Islam.

“Rakyat Malaysia (orang Islam) sangat bodoh jika mereka mendengar penganut Kristian menggunakan kalimah Allah, mereka pula yang menjadi Kristian. Maksud saya kebodohan kenyataan itu terserlah,” katanya dalam temubual itu.

Reza mengulangi pendirian sarjana dan penulis Islam bahawa penganut Kristian dan Yahudi di Semenanjung Arab sebelum kedatangan Nabi Muhammad merujuk Tuhan mereka sebagai Allah.

“Mengapa? Sebab mereka berbahasa Arab. Bukannya kerana kalimah Allah merujuk spesifik kepada Tuhan tetapi ia dalam bahasa Arab yang merujuk kepada Tuhan. Ia bukan satu pandangan. Ia fakta,” katanya.

“Jika ada Imam yang memberitahu Tuhan mempunyai nama. Mereka sesat. Allah bukanlah nama Tuhan. Umat Islam tidak memiliki kalimah itu.”

Reza yang merupakan Profesor sejarah Islam berkata keputusan Mahkamah Rayuan telah menjadikan Malaysia bahan tertawa serata dunia.

“Ini melihatkan umat Islam di Malaysia perlu dilindungi oleh mahkamah kerana mereka tidak mampu berfikir sendiri. Kami mentertawakan anda.

“Ia satu pencabulan kepada kemodenan, Perlembagaan dan demokrasi sebuah negara Islam seperti Malaysia,” katanya.TMI

 

Tinggalkan komen

Tiada komen.

Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s