Ribuan Penyokong PAS Dan UBN Berhimpun Mengiringi Calon Masing-Masing Pada Penamaan Calon Dun Sungai Limau…

Ribuan penyokong Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) berhimpun di hadapan Pusat Penamaan Calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau di Dewan Madi, di Yan, Kedah untuk memberikan sokongan kepada calon parti mereka pagi ini.Calon PAS, Mohd Azam Abd Samad (tengah) diiringi pemimpin Pakatan Rakyat ke dewan penamaan calon. Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 23 Oktober, 2013.

Ada yang tiba seawal jam 3.00 pagi dari Terengganu dan Kelantan untuk menunjukkan sokongan mereka bagi proses penamaan calon yang bermula jam 9.00 pagi.

Penyokong berbaju biru dan hijau dilihat bersorak ketika pemimpin kedua-dua parti politik tiba di dewan.Antara yang awal hadir mewakili PR adalah Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali.

Calon BN, Ahmad Sohaimi Lazim diiringi pemimpin BN ke dewan penamaan calon. Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 23 Oktober, 2013.Calon BN, Ahmad Sohaimi Lazim diiringi pemimpin BN ke dewan penamaan calon. Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 23 Oktober, 2013.BN pula diketuai oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir; Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said dan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Pilihan raya kecil Sungai Limau diadakan selepas penyandangnya Tan Sri Azizan Razak meninggal dunia pada 26 September lalu.TMI

Tinggalkan komen

Tiada komen.

Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s