Jelas UBN Tidak Serius Benteras Rasuah Ini Terbukti Dengan Pembebasan Tun Dr Ling Liong Sik

Usaha Putrajaya meletakkan kepentingan untuk memerangi rasuah hanya sandiwara melihat kepada pertuduhan bekas menteri kabinet Tun Dr Ling Liong Sik dituduh dan kemudian dibebaskan, kata bekas peguam negara dan peguam veteran.

Tan Sri Abu Talib Othman dan Karpal Singh berpendapat Dr Ling tidak patut didakwa terlebih dahulu dan perbicaraan selama empat tahun dilihat hanya sandiwara Putrajaya menunjukkan komitmennya serius menangkap pemimpin atasan.

Mereka mempersoalkan mengapa kenyataan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak direkodkan sebelum Dr Ling dituduh menipu Kabinet dalam urusan pembelian tanah di Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) pada 2010.

“Jika kenyataan Dr Mahathir direkodkan lebih awal, Peguam Negara akan berfikir dua kali untuk mengenakan pertuduhan terhadap Dr Ling,” kata Abu Talib kepada The Malaysian Insider.

Polis hanya merekodkan dua keterangan daripada bekas majikan Dr Ling itu pada 2011 dan awal tahun lalu semasa proses perbicaraan sedang berjalan.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ahmadi Asnawi ketika membebaskan Dr Ling berkata tertuduh dibebaskan berdasarkan kepada bukti yang dikemukakan oleh Dr Mahathir sahaja.

Kata Abu Talib, semasa Dr Ling dituduh melakukan kesalahan itu, Dr Mahathir merupakan pengerusi kabinet.

“Dr Ling dituduh menipu kabinet maka kebiasaannya polis merekodkan kenyataan Dr Mahathir bagi mengenakan pertuduhan.

Semasa perbicaraan, Dr Mahathir antara saksi pendakwaan tetapi tidak dipanggil memberi keterangan. Beliau kemudian ditawarkan hujah pembelaan ketika Dr Ling diminta menjawab pertuduhan.

“Mengapa kenyataan Dr Mahathir tidak direkodkan dan buktinya diguna pakai?” kata Abu Talib sambil menambah kenyataan mantan Perdana Menteri itu menunjukkan Dr Ling tidak menipu kabinet.

Abu Talib yang merupakan Peguam Negara dari 1980 hingga 1993 berkata pada zamannya pendakwaan akan dipastikan mengemukakan 90% bukti yang dipercayai sebelum membuat pertuduhan.

Abu Talib dan Karpal mahu penjelasan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail kerana rakyat ada hak untuk mengetahuinya.

Dr Mahathir semasa di Mahkamah Tinggi pada Oktober tahun lalu berkata pegawai polis memberitahunya Dr Ling tidak akan dituduh sekiranya kenyataan beliau direkodkan lebih awal.

“Saya masih ingat satu daripada tiga pegawai berkata, jika saya memberi keterangan lebih awal, mereka tidak akan membuat pertuduhan kepada Dr Ling,” katanya kepada mahkamah.

Beliau berkata salah seorang pegawai itu adalah Supritendan R. Rajagopal, pegawai penyiasat kes tersebut.

Dr Mahathir berkata beliau tidak berasa ditipu oleh Dr Ling mahu pun ahli kabinet lain yang mengadu tentang bekas menteri pengangkutan itu.

Dr Ling pernah memohon kepada Abdul Gani untuk menggugurkan pertuduhan namun rayuannya ditolak.

Karpal berkata keengganan Abdul Gani itu adalah langkah terbaik yang dilakukannya.

Katanya, Abdul Gani sepatutnya mengarahkan pegawai penyiasat merekod kenyataan Dr Mahathir supaya bukti lebih kukuh.

“Sesuatu keganjilan berlaku apabila kenyataan yang sangat penting tidak direkodkan lebih awal,” katanya.

“Dr Mahathir hanya saksi untuk membuktikan pertuduhan dan membolehkan Dr Ling didakwa. Abdul Gani harus bertanggungjawab,” katanya.

Karpal turut mempersoalkan siapa yang akan bertanggungjawab terhadap kerugian besar kerajaan dalam projek PKFZ.

Dr Ling, 70, dituduh di Mahkamah Sesyen Putrajaya pada 2009, pihak pendakawaan kemudian memohon kes itu dirujuk ke Mahkamah Tinggi pada tahun berikutnya.

Bekas Presiden MCA itu dituduh menipu kabinet dengan menyembunyikan fakta terdapat kadar faedah tambahan sebanyak 7.5% dalam pembelian tanah RM25 sekaki persegi di mana kadar faedah dikira sekali dalam harga asalnya.

Beliau kemudian menggesa kabinet meluluskan pembelian tanah itu yang mengakibatkan kerugian kepada kerajaan.

Dr Ling juga berdepan dua pertuduhan berasingan iaitu mempengaruhi kabinet membeli tanah 999.5 ekar tanah pada RM25 sekaki persegi dengan faedah 7.5% disahkan dan dipersetujui oleh Jabatan Perkhidmatan Penilaian Hartanah tetapi tiada perjanjian seumpama itu dibuat.

Polis memulakan penyiasatan jual beli tanah PKFZ pada awal 2009 apabila Pengerusi Lembaga Pelabuhan Klang, Datuk Lee Hwa Beng membuat laporan berhubung laporan audit kewangan projek itu.

Kos Projek PKFZ dianggarkan RM1.1 bilion selepas diilhamkan oleh Dr Ling pada 1997, tetapi kosnya meningkat lebih empat kali ganda iaitu RM4.6 bilion pada 2007..TMI

Tinggalkan komen

Tiada komen.

Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s