Bill Lektrik,Air Kediaman Rasmi PM RMRM2.5 juta Lebih?

Jumlah bil elektrik bagi kediaman rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Kompleks Seri Perdana adalah sebanyak RM2,237,788.13 pada 2012.

Manakala sebanyak RM311,174.25 dibelanjakan untuk pembayaran air sepanjang tahun tersebut.

Perkara itu dimaklumkan dalam jawapan bertulis daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim bagi menjawab soalan ahli parlimen Seremban Anthony Loke.

Beliau bertanya mengenai butir-butir bil elektrik dan air serta kos penyelenggaraan kediaman rasmi Najib dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Dalam jawapan itu, Shahidan juga memberitahu, kompleks itu dibina atas tanah 42.5 ekar.

Ia dilengkapi kemudahan ruang pejabat, bilik-bilik mesyuarat, bilik tetamu serta kemudahan sokongan bagi membantu melancarkan urusan harian PM.

Shahidan juga berkata Kompleks Seri Setia – kediaman rasmi Muhyiddin pula – sebanyak RM865,458.56 telah dibelanjakan bagi tujuan pembayaran bil elektrik pada tahun yang sama.

Manakala sebanyak RM99,264.03 dibelanjakan untuk pembayaran bil air sepanjang tahun 2012.mk

Tinggalkan komen

Tiada komen.

Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s