Dulu Puji Sekarang Keji,Tun Mahathir Kata Pentakbiran Najib Lemah

Tun Dr Mahathir Mohamad (gambar) hari ini menyifatkan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak lemah disebabkan melayan kehendak ekstremis pembangkang serta semakin kurang mendapat sokongan.

Bekas Perdana Menteri itu belum pernah mengkritik pentadbiran Najib sejak Tun Abdullah Ahmad Badawi melepaskan jawatannya pada April 2009 malah pernah memuji pemerintahan Najib lebih baik berbanding Abdullah.

“Keadaan politik sekarang tidak stabil kerana wujud persepsi kerajaan lemah dan orang yang tidak betul memimpin negara.

“Kita mempunyai kerajaan yang lemah kerana kurang sokongan rakyat selain memenuhi keperluan ekstremis dalam puak pembangkang.

“Apa yang paling teruk adalah mereka membuat tuntutan melampau untuk meninggalkan kerajaan apabila permintaan tidak dipenuhi. Jika anda fikir mereka akan mengucapkan terima kasih dan memberi sokongan. Ia satu kesilapan,” katanya.

Dalam ucapannya bertajuk Trend Politik Semasa serta Kesan kepada Hala tuju Ekonomi dan Sosial Malaysia, Dr Mahathir berkata,  golongan pertengahan lebih gemar menyampaikan apa yang terbuku di fikiran mereka dan pada masa sama kerajaan perlu meluangkan lebih masa kepada golongan majoriti yang tidak gemar bersuara.

Katanya, tiada keperluan bagi kerajaan melayan kehendak kumpulan pelampau.

Dr Mahathir berkata, kerajaan harus faham kehendak golongan pertengahan dan meyakinkan mereka untuk sama-sama mempromosikan kestabilan.

“Ini contoh jelas kesan politik kepada ekonomi kerana kerajaan dilihat lemah dan melayan kehendak pelampau yang mengakibatkan keadaan negara dalam bahaya.

“Saya berharap golongan pertengahan ini tidak dipersia-siakan. Mereka perlu berani membuat pilihan, bukan atas kehendak sendiri tetapi demi kebaikan negara, politik dan masyarakat,” katanya. –MI

Advertisements

Tinggalkan komen

Tiada komen.

Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s