Kedaulatan Negara Tergadai” Malaysia Di Jadikan Pengkalan Risikan AS…

Pentadbir di Malaysia terkejut dan bingung berikutan khabar bahawa Amerika Syarikat bermungkin besar menggunakan kedutaannya di Kuala Lumpur untuk mengintip.

“Kami amat bimbang dan mengharapkan penjelasan segera dan kenyataan balas daripada duta AS. Jika benar Kuala Lumpur menjadi sebahagian daripada PRISM atau mana-mana program pengintipan Amerika Syarikat yang lain, ini bermaksud kedaulatan negara kita telah dicerobohi,” Ahli Parlimen Bayan Baru Sim Tze Tzin memberitahu Malaysia Chronicle.

“Ini bukan masanya untuk kerajaan terutamanya Najib Razak, membutakan mata terhadap apa yang berkemungkinan besar adalah pelanggaran hak asasi dan syarat-syarat penubuhan misi AS di sini. Najib mestilah berhenti daripada cuba mengambil hati Obama sehingga ke tahap membuka peluang untuk Malaysia digunakan sebagai stesen mengintip ke atas negara-negara jiran kita. Lebih baik kita menjadi tanah jajahan Amerika Syarikat jika begitu.”

Sim, ahli parti pembangkang PKR, mengulas berita dari media Australia bahawa AS telah mengesan perbualan telefon dan memantau rangkaian komunikasi dari fasiliti pengawasan elektronik dari kedutaan dan konsulatnya di seluruh timur dan tenggara Asia.

Menurut Sydney Morning Herald, maklumat itu telah dibocorkan oleh pemberi maklumat perisikan Edward Snowden.

Diam membisu

Setakat ini, tiada sebarang maklum balas daripada Kementerian Luar Malaysia, manakala Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sedang berada dalam lawatan kerja ke London.

Pemimpin Malaysia itu telah dijangka mengalu-alukan kedatangan Presiden Barack Obama ke Kuala Lumpur pada awal bulan Oktober, dimana sesetengah pengkritik percaya adalah umpan AS untuk Najib supaya menandatangani perjanjian Trans Pacific Partnership atau TPPA Obama yang berkontroversi.

Walau bagaimanapun, lawatan itu terbantut kerana penutupan sebahagian kerajaan Amerika Syarikat yang memaksa Obama untuk berada dalam negara bagi menyelesaikan pertelingkahan dasar ekonomi dengan pesaing Republikannya.

Presiden Amerika Syarikat itu merupakan tokoh yang popular di Malaysia di mana dia dianggap sebagai ‘hero’ dalam isu perkauman.

Pegawai-pegawai kedutaan AS di Kuala Lumpur sehingga kini tidak memberi sebarang ulasan mengenai khabar ‘mengintip’ itu.

Jangan buat bodoh, bertindaklah ke atas perbuatan “jijik” itu

Ketua Pembangkang Malaysia Anwar Ibrahim dengan lantang , menuntut tindakan daripada pentadbiran Najib.

“Orang ramai meluat dengan cara perisikan yang digunakan untuk mengintip … terbaru yang berlaku di Sepanyol, ” Malay Mail melaporkan Anwar sebagai berkata.

“Saya fikir perisikan Malaysia, khususnya Perdana Menteri, tidak harus membiarkan sahaja isu ini dan tunduk tanpa berani berkata apa-apa. Mereka mesti membuat bantahan, tidak ada sebab untuk mana-mana negara asing , sama ada Amerika Syarikat atau mana-mana negara lain terlibat dalam perbuatan mengintip ke atas mana-mana negara . “

Nik Nazmi , seorang lagi pemimpin dalam PKR atau Parti Keadilan Rakyat pimpinan Anwar, menggesa pegawai-pegawai AS untuk memberi penjelasan.

“Ini mencemarkan kedaulatan Malaysia. Kedutaan AS tidak perlu menunggu Najib atau Kementerian Luar Negara Malaysia untuk meminta penjelasan. AS perlu bertanggungjawab menjelaskan kepada rakyat Malaysia jika benar mereka menggunakan KL sebagai pusat untuk mengintip kita dan jiran kita. Dalam pada itu, adakah sesiapa dalam kerajaan Malaysia telah memberi kebenaran terhadap aktiviti rahsia itu?” kata Nik Nazmi kepada Malaysia Chronicle.

Peta rahsia Snowden

Peta rahsia dari Snowden menunjukkan 90 fasiliti pengawasan di seluruh dunia, termasuk fasiliti komunikasi perisikan di kedutaan di Jakarta , Kuala Lumpur, Bangkok , Phnom Penh dan Yangon.

Bertarikh Ogos 13, 2010, peta itu menunjukkan tiada fasiliti seperti itu diletakkan di Australia, New Zealand , Britain , Jepun dan Singapura – negara-negara sekutu rapat AS .

The Sydney Morning Herald berkata Australia menyedari sepenuhnya tahap pengintipan elektronik Amerika Syarikat terhadap jiran-jiran dan rakan-rakan dagangannya dan mempunyai akses kepada banyak data-data yang telah terkumpul.

Menurut peta yang diterbitkan oleh majalah Der Spiegel di Jerman pada hari Selasa, Agensi Perisikan Pusat bersama – kumpulan Agensi Keselamatan Negara yang dikenali sebagai ” Perkhidmatan Koleksi Khas” menjalankan operasi pengawasan yang luas, serta operasi rahsia terhadap sasaran risikan tertentu.

Peta , yang pada mulanya diterbitkan dalam versi penuh di laman web Der Spiegel , kemudiannya telah digantikan dengan versi yang ditapis , menyenaraikan fasiliti Perkhidmatan Koleksi Khas di 90 lokasi di seluruh dunia , termasuk 74 fasiliti yang dikendalikan, 14 fasiliti yang dikendalikan dari jauh dan dua pusat sokongan teknikal.

5- pusat rangkaian: China tumpuan utama

Hanya dikeluarkan khas untuk ” FVEY ” – Rakan “5- pusat” perisikan Amerika Syarikat adalah termasuk Australia – peta mendedahkan AS melakukan operasi sulit di fasiliti perisikan dan komunikasi di kedutaannya di Jakarta , Kuala Lumpur, Bangkok , Phnom Penh dan Yangon.

Kedutaan Amerika Syarikat di Bangkok juga mempunyai pasukan sokongan teknikal yang di kendalikan dari jauh iaitu di konsulat AS di ibu kota Thai wilayah Chang Mai.

Di timur Asia, usaha pengumpulan perisikan AS bertumpu kepada China, dengan fasiliti yang terletak di kedutaan AS di Beijing dan konsulat AS di Shanghai dan Chengdu, ibu kota wilayah Sichuan di barat daya China. Satu lagi fasiliti pemantauan terletak pejabat diplomatik tidak rasmi AS di Taipei.

Peta mengesahkan isyarat risikan AS yang berada di hampir serata dunia dengan fasiliti mengumpul khas yang bertempat di kebanyakkan ibu kota di setiap benua.

Terdapat lapan fasiliti di selatan Asia termasuk di kedutaan AS di New Delhi dan Islamabad. Timur Tengah dan Afrika Utara yang mempunyai tidak kurang daripada 24 fasiliti , manakala sub –Sahara di Afrika mempunyai sembilan lagi fasiliti.malaysia-chronicle.com

2 Komen

  1. I like the photographs! As a digital photographer I know it can be difficult to
    choose the right ones although these are great.
    I take advantage of a few Lightroom presets to help keep some
    consistency in my own.

  2. I visited multiple blogs except the audio quality
    for audio songs present at this web site is actually excellent.


Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s