Cegah Kuman Dalam PKR@PR Sebelum Parah….

SNR2

sumber

Sekarang ni panas juga dengan isu yang dikatakan ahli PKR keluar parti dan sertai Umno seperti baru-baru ni dikatakan lebih dari 70 ahli PKR Pandan sertai Umno,aku tak tekejut pun kalau tahap macai yang lompat,tapi yang bergelar YB pun sanggup mengkianati mandat yang di beri rakyat seperti yang belaku di Sabah jadi apa la sangat dengan macai yang hanya bekerja mengikut musim sudah tentu tergoda dengan bermacam umpan dan habuan(bukan tuduhan)Sendiri mau ingat la haaa..

SNR 1

sumber

PKR bukan baru ramai juga sebelum ini yang meninggalkan PKR seperti Ezam,Fairuz mantan TKM 1 PP„Zahrin dan juga di Perak sehingga belakunya kajatuhan Kerajaan Perak dari tangan PR kepada UBN,serta ramai lagi kalau aku nak rungkai di sini,Boleh dikatakan kerap sangat AHLi PKR tinggalkan PKR dan PR lebih-lebih pada yang telah di pilih rakyat di bawah lambang PR akhirnya bertukar menjadi katak dan memeluk Umno atau NGO mesra UBN ada juga yang jadi calon bebas tapi mesra UBN..Di mana silapnya’dan adakah kesilapan ini juga akan di ulang babaknya pada PRU14 nanti..Aku harap Pimpinan tertinggi PKR muhasabah dan cuba mencari puncanya cegah lebih baik dari berubat…Kerana ini bukan belaku sekali tetapi kerap kali selepas saja Pilihan Raya ada saja kita dengar ahli dan Yb PKR lompat yang pasti merugikan PR serta mengkianati mandat dan kepercayaan yang di beri oleh rakyat kepada mereka”ingat jangan sampai rakyat muak dan tidak lagi mempercayai PR dan beralih sokongan ingat pepatah orang tua-tua ni jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga,PKR dan PR amnya harus melihat dan melakukan sesuatu sebelum ia menjadi lebih parah…PR akan lebih kuat sekiranya kuman-kuman yang macam ni dapat di kesan awal..selebihnya HANGPA PIKIAQ SENDIRi….

Pegawai Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) Ahmad Raflie Ab Malik Maut Di Tembak!

Pegawai JAIP MAUT DI TEMBAK di hadapan rumahnya.. Ahmad Rafli Abdul Malek, 47, maut ditembak tiga lelaki di hadapan rumahnya di Indera Mahkota 2, Kuantan, kira-kira jam 2.30 petang tadi.Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang SAC Mohd Zakaria Ahmad yang mengesahkan kejadian itu berkata, tiga suspek lelaki dipercayai terbabit dalam kejadian.Ketiga-tiga suspek itu dipercayai melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta jenis Proton Wira Aeroback berwarna putih selepas menambak mangsa.Sebelum ini Raflie dikatakan begitu giat menggeledah tempat-tempat ajaran sesat dan Syiah seluruh negeri Pahang.Adakah ini semua ada kaitan dengan ketegasan beliau dalam membenteras ajaran sesat dan Syiah,HANGPA PIKIAQ LA SENDIRI

Jenayah kini nampaknya dah tak mengira mangsa Ustaz pun dah menjadi sasaran,Ucapan takziah kepada keluarga Ahmad Rafli Abdul Malik 

Inna lillahi wa inna ilayhi raji’un (انّا للہ و انّا الیہ راجعون) ….. Moga rohnya dicucuri rahmat dan tempat di kalangan orang-orang yang beriman .. Alfatihah ..Amin.

Peguam Negara Di Nasihatan Berehat Ekoran Dakwaan Panas Tun Mahathir, Ada Dua Orang Ejen Risikan US Di Pejabat Peguam Negara….

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) menuntut agar Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail “direhatkan” ekoran dakwaan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad terdapat dua orang ejen agensi perisikan Amerika Syarikat  di Pejabat Peguam Negara.

Anwar, yang juga ahli Parlimen Permatang Pauh menegaskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu mengambil tindakan segera memandangkan terdapat banyak dakwaan negatif terhadap Abdul Gani.

“Dakwaan oleh Dr Mahathir bahawa Pejabat Peguam Negara mempunyai dua ejen Amerika adalah mengejutkan dan memerlukan tindakan serta merta daripada perdana menteri dan juga Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi,” kata Anwar dalam kenyataan di Kuala Lumpur lewat malam tadi.

Sebelum ini media melaporkan, Dr Mahathir bukan sahaja mendapatkan pandangan balas daripada bekas pegawai kanan polis Datuk Mat Zain Ibrahim dan peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah bahkan menteri juga dibawa berbincang mengenainya.

Menurut sumber, Ahmad Zahid dikatakan turut dibawa berbincang oleh Dr Mahathir mengenai tingkah laku Abdul Gani.

“Gani juga perlu memberi penjelasan terhadap  semua dakwaan ini termasuk yang mengaitkan beliau dengan kegiatan haram dan aktiviti konspirasi yang turut didakwa melibatkan pejabatnya,” kata Anwar.

Mat Zain dibawa bertemu Dr Mahathir oleh Muhammad Shafee pada 10 Ogos lalu, tiga hari selepas hari raya Aidilfitri.

Mereka bertemu Dr Mahathir di rumahnya dengan disertai bekas setiausaha politiknya, Matthias Chang.

Dalam perbincangan di meja makan sempena hari raya itu, mereka berbincang mengenai salah laku Abdul Gani yang bermula daripada kes ‘mata lebam’ Anwar lagi.

Turut dibincangkan adalah kekalahan Malaysia kepada Singapura dalam kes Pulau Batu Putih di Mahkamah Antarabangsa.

Abdul Gani mewakili Malaysia dalam kes itu.

Ekoran pertemuan 10 Ogos itu, Mat Zain pada 7 Oktober membuat satu akuan bersumpah yang antara kandungannya adalah dakwaan salah laku Abdul Gani dalam kes ‘mata lebam’ Anwar.

Akuan bersumpah itu kemudiannya dihantar kepada Najib.

Ia turut dihantar kepada Peguamcara Negara, Datuk Idrus Harun; Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sebelum ini Pengerusi DAP Karpal Singh menggesa polis menyiasat Abdul Gani tanpa menunggu laporan polis dibuat.

Karpal berkata, pada masa lalu polis pernah mengambil inisiatif sendiri dengan memulakan siasatan selepas membaca laporan akhbar.

Menurut Karpal, polis mesti merekodkan kenyataan orang penting termasuk Abdul Gani, Dr Mahathir dan Ahmad Zahid bagi memahami kes ini.

“Saya harap tiada apa yang diselindungkan,” katanya.

Abdul Gani, 58, menyertai pejabat Peguam Negara pada 1980 dan dilantik sebagai Peguam Negara pada 2002.

Beliau pernah menerima kritikan hebat daripada pembangkang dan badan bukan kerajaan berhubung kegagalan kerajaan dalam kes di bawah seliaannya termasuk kes pembunuhan warga Mongolia Altantuya Shaariibuu dan kes penipuan membabitkan bekas Menteri Pengangkutan Tun Dr Ling Liong Sik.MI

Dua Adun Umno BN Perak Bakal Lompat?

 

Dakwaan kononnya dua Anggota Dewan Undangan Negeri di Perak mengadakan pertemuan dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini untuk melompat parti tidak perlu dilayan, kata Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir (gambar).

Beliau berkata dakwaan di laman Twitter itu adalah mainan politik yang tidak boleh dipercayai.

“Biasalah untuk anda baca ura-ura macam-macam. Ada juga yang menyatakan saya berjumpa beberapa wakil mereka untuk bawa masuk ke sini (Barisan Nasional). Jadi, tak boleh nak pakai benda-benda ini semua,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Profesionalisme 1BestariNet Pengetua dan Guru Besar Sekolah-Sekolah Negeri Perak hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan di laman Twitter @rumahghuntoh pada Khamis lepas yang berbunyi “Pertemuan sulit dua YB BN Perak untuk melompat parti dengan @anwaribrahim di Permatang Pauh berlaku kelmarin”.

Zambry berkata beliau tidak akan melayan dakwaan itu sebaliknya akan terus memberi tumpuan kepada pembangunan negeri untuk kesejahteraan rakyat. – Bernama,

Pengawal Keselamatan Tembak Mati Pegawai Ambank Akhirnya Diberkas


Rakaman CCTV menunjukkan wajah suspek yang terlibat dalam kes rompakan dan pembunuhan di sebuah bank di Subang Jaya.

Polis berjaya menahan suspek yang terlibat dalam kes menembak mati seorang pengurus operasi Ambank di Subang Jaya bulan lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pasukan Ops Cantas Bukit Aman berjaya menahan lelaki berkenaan di Johor Baru awal pagi Ahad.

Pada 23 Oktober lalu, seorang pengawal keselamatan menembak mati pegawai bank itu ketika merompak cawangan bank berkenaan dalam kejadian di Jalan USJ 2, Subang Jaya, Selangor.

Pengawal keselamatan itu yang sebenarnya bertugas di bank lain, hadir bertugas di Ambank cawangan berkenaan bagi menggantikan orang lain yang tidak datang bekerja.

Suspek berjaya melarikan wang berjumlah RM450,000 dengan menaiki sebuah motosikal.

Polis telah menahan tujuh individu termasuk saudara serta rakan suspek pengawal keselamatan berkenaan.-MY

Tun Mahathir Sahkan Lambakan Duit[Rasuah] Dan habuan Di PRK Sungai Limau Tak Berkesan

Tun Dr Mahathir Mohamad turut membantu kempen BN di PRK DUN Sungai Limau lalu. Gambar fail.

Tun Dr Mahathir Mohamad turut membantu kempen BN di PRK DUN Sungai Limau lalu. Gambar fail.Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui bahawa pemberian wang dan hadiah oleh Barisan Nasional (BN) semasa kempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau tidak berjaya memikat hati pengundi di sana.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, pemberian wang seumpama itu adalah satu pembaziran malah bukti penolakan pengundi terhadap budaya itu ditunjukkan sejak Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

“Mungkin saya salah dan saya mengaku saya kerap salah tetapi saya fikir pemberian wang dan hadiah tidak akan memberi kemenangan.“Ini jelas dari PRU13. Yang tidak sokong, tidak sokong juga. Wang yang diberi adalah pembaziran, sama ada wang kerajaan atau bukan kerajaan.“Sokongan kepada parti politik diasaskan kepada perjuangannya serta tingkah laku pemimpin dan calon. Kalau datang dengan Mercedes atau motosikal 1000cc, saguhati dan apa juga yang diberi tidak akan menawan hati,” katanya melalui kiriman blognya hari ini.

Dr Mahathir berkata, jabatan kerajaan yang dibawa bersama untuk turun berkempen dan memberi bantuan di Sungai Limau tidak membawa kejayaan kerana kebanyakan pengundi tidak mudah terpengaruh dengan bantuan sedemikian.

Katanya, BN banyak menghamburkan wang tetapi sokongan yang diterima rakyat masih belum berada pada tahap memuaskan.

“Kempen sekarang ini berbeza daripada dahulu kerana banyak wang diguna seperti penganjuran karnival di mana ada acara hiburan, jamuan dan hadiah percuma seperti kemeja-T BN.

“Ada jabatan kerajaan yang mengadakan pameran untuk mempromosi Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, saya fikir. Mereka yang datang melihat pameran diberi 10 anak ayam, dedak dan beras. Makanan disediakan untuk pelawat.

“Saya tidak tahu sama ada pameran ini adalah sebahagian daripada kempen BN. Jika ia, amat jelas pelawat tidak terpengaruh dengan hadiah anak ayam. Sebenarnya pengundi tidak mengundi mengikut hadiah – sama ada berbentuk duit atau anak ayam,” katanya.sumber

Surat Pemuda Kristian Kepada Dr Mursi: Dr Mursi Lambang Kemulian Dan Kebebasan

Romy Jan, seorang pemuda aktivis Kristian Koptik, menuliskan sepucuk surat terbuka. Surat itu ia tujukan untuk Presiden Mursi setelah persidangan yang terjadi Isnin (4/11/2013) kelmarin. 

Dalam suratnya itu, Romy menyatakan bahwa Presiden Mursi adalah sebagai simbol kebebasan, kemuliaan, dan keteguhan di dunia moden ini. 

Berikut isi surat terbuka tersebut yang tersiar dilamanweb berita kimtly dan juga dikutip dakwatuna, Rabu (6/11/2013).

“Yang mulia, 
Presiden Mursi. 

Aku yang menulis surat ini seorang rakyat Mesir bernama Romy Jan. Aku beragama Kristian Koptik dan pendiri Gerakan Kristian Koptik Anti-Kudeta. 

Di awal suratku, aku ingin meminta maaf karena tidak memilihmu dalam pilihanraya presiden yang lalu. Aku termasuk orang yang menjadi mangsa kesesatan di dalam menilai Ikhwanul Muslimin dan tentangmu. Namunsekarang semuanya sudah jelas; mana yang benar, dan mana yang salah. 

Yang mulia, 
Presiden Mursi. 

Hari ini engkau tampil di persidangan sebagai simbol kebebasan, kemuliaan dan keteguhan. Sikapmu telah memberi inspirasi dunia. Sekarang, engkau bukan saja sebagai presiden Mesir, engkau telah menjadi simbol kebebasan di dunia moden.

Yang mulia, 
Presiden Mursi. 

Aku bersaksi bahwa engkau orang yang sangat melindungi pemeluk agama yang berbeza dengan agamamu. Engkau adalah pelindung seluruh rakyat Mesir, baik penganut Islam, Kristian, bahkan Yahudi. Yang kami lakukan, walaupun sedikit, kami anggap sebagai balas budi baikmu kepada Mesir. Engkau telah meletakkan prinsip demokrasi yang sangat berat bagi kaum militer. Kerana (beralasan) pegangan mereka menyatakan tidak ada demokrasi. Mereka hanya mengenal kuasa/perintah.

Di akhir surat ini, aku ingin mengucapkan terima kasih kepada yang mulia, Presiden Mursi. engkau telah mengajari erti keteguhan.” -sumber asal:dakwatuna-hd