PRK Sungai Limau Calon Pas Lebih Menyerlah…

Profesor Madya Dr Mohammad Agus Yusuf

Penganalisis berpendapat sasaran Pas meletakkan kemenangan minimum majoriti 500 undi untuk calonnya, Mohd Azam Abd Samad sebagai angka psikologi.

Menurut Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malay­sia (UKM), Profesor Madya Dr Mohammad Agus Yusuf, angka ini merupakan psikologi saat akhir Pas untuk menentang pencabarnya iaitu Umno.

“Angka ini menuntut Pas supaya bekerja lebih kuat, kerana menampakkan seolah-olah Pas tidak berapa yakin, ini sekaligus akan memberi kelegaan kepada Umno dalam masa yang sama ia akan memberi kelebihan kepada Pas,”katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Pengarah Jawatankuasa Induk Pas Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Sungai Limau, Datuk Mahfuz Omar yang berkata Pas hanya mensasarkan 500 undi untuk calonnya sasaran seperti mana kemenangan yang diperolehi Allahyarham Tan Sri Azizan Razak ketika kali pertama bertanding di kerusi Dun itu pada 1995.

Beliau berkata, pada ketika itu, Allahyarham menang sekitar majoriti tersebut dan pengukur aras yang sama diletakkan kepada Mohd Azam kali ini.

 “Kita jangka majoriti lantai tidak akan kurang daripada 500 undi seperti kali pertama Azizan bertanding dulu,” kata Mahfuz yang juga Naib Presiden Pas dan Pesuruhjaya Pas Kedah seperti dilaporkan Harakahdaily.

Sementara diminta menggulas mengenai calon dalam PRK kali ini, beliau menegaskan kedua-dua calon mempunyai kelebihan namun calon Pas dilihat lebih menyerlah.

“….yang pasti PRK kali ini menyaksikan persaingan yang sengit daripada kedua-dua calon, namun calon Pas mempunyai kelebihan kerana beliau saya nampak lebih dekat dengan rakyat di Dun tersebut,”katanya.

Sementara itu, menurut Pensyarah Sains Sosial dan Kemanusian Fakulti Geografi, Profesor Fuad Mat Jali, faktor Pengerusi BN Kedah yang juga Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir menjadi faktor mengapa Pas meletakkan sasaran tersebut.

“Dalam PRK kali ini saya lihat faktor Mukhriz menjadi penyebab kenapa Pas meletakkan sasaran sedemikian.

“…selain itu faktor gerak kempen Umno secara ‘all-out’ juga menjadi salah satu faktor,” katanya.

PRK Dun Sungai Limau akan menyaksikan pertembungan satu lawan satu yang melibatkan calon Pas dan Umno, PRK akan diadakan pada 4 November ini.-sh

Tinggalkan komen

Tiada komen.

Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s