Nasrudin Hassan Tegas Saman Keatas Tuan Guru Tidak Di Tarik Balik Dan Adili Di Makamah…

Nasrudin Hassan
Jangan Tarik Saman
Adili di Mahkamah !

1. Apabila berbangkit lagi isu Pil Kuda yang bersangkut dengan kenyataan Tuan Guru Presiden, saya ambil kesempatan untuk mendengar berulangkali dengan cermat dan teliti kenyataan Tuan Guru ( saya lampirkan link ucapan tersebut di bawah) yang dirakam pada musim pilihanraya umum ke 13.

2. Satu penjelasan yang ringkas tetapi tegas. Ironinya tindakan Tuan Guru Presiden adalah untuk menjaga keutuhan Pakatan Rakyat bukan meruntuhkannya. Tindakan yang rasional bukan berasaskan emosional. Sungguhpun dianggap tidak popular tetapi tindakan Tuan Guru jelas, objektif dan tegas bukan berbelit seperti ular.

3. Saudara boleh saksi dan dengar sendiri ucapan dan kenyataan yang saya dapati ianya diucap dengan penuh hati – hati, beralas dan berani bertanggungjawab. Bukan suatu kenyataan rambang, boros dan terlepas cakap. Pula berhemat tanpa membuat tuduhan kepada individu sebaliknya menyatakan penyakit secara umum untuk ditangani dan dirawat sebelum membarah.

4. Saya pasti, kalau tidak Tuan Guru Presiden yang bertindak sedemikian, tidak ramai yang sanggup dan tergamak mengambil tindakan tegas untuk merawat dan mendidik anggota jamaah bahkan ummah daripada penyakit dalaman yang pasti akan menular jika dibiar. 

5. Namun timbul jua rasa tidak puas hati daripada pihak tertentu lalu mengambil langkah menyaman Tuan Guru Presiden kerana menganggap Tuan Guru Presiden menuduhnya menjual pil kuda. Serentak dengan langkah itu, cybertrooper dan individu tertentu mengambil kesempatan menyerang Tuan Guru secara peribadi dan direct menjatuhkan reputasi Tuan Guru Presiden yang dilebelkan sebagai pemfitnah dan segala bagai.

6. Menjadi hak beliau untuk menyaman Tuan Guru Presiden dalam negara demokrasi yang bebas terbuka ini. Membawa Tuan Guru Presiden ke mahkamah adalah peluang terbaik untuk Tuan Guru Presiden menjelaskan situasi sebenar dan mengemukakan bukti serta saksi dalam proses perbicaraan kelak. 

7. Setelah diserang gila – gila oleh pihak tertentu kononnya Tuan Guru Presiden tidak bertanggungjawab melemparkan tuduhan tanpa bukti, Tuan Guru Presiden masih bersabar tanpa bertindak melulu. Beliau menunggu tindakan undang – undang ke atasnya jika ada pihak yang menganggapnya bohong dan fitnah terutama oleh pihak yang berasa dirinya dituduh untuk beliau pertahankan diri dan menegakkan kebenaran dimahkamah. 

8. Ada pihak mendesak supaya Tuan Guru Presiden kemukakan bukti atas tuduhan beliau. Persoalannya, tiada tuduhan spesifik dalam kenyataan Tuan Guru Presiden maka untuk apa bukti dikemukakan ? Bukti mesti dikemukakan bila ada pertuduhan. Sebagaimana bukti dan saksi akan dikemukakan insyaallah apabila ada pihak membawanya ke mahkamah.

9. Maka setelah perkara ini berada di mahkamah, Tuan Guru Presiden pula telah dicalar maruahnya konon beliau melakukan fitnah tanpa bukti dan takut pula ke mahkamah, saya harap jangan ada pihak yang cuba melakukan “sesuatu” bagi menggagalkan proses perbicaraan di dalam mahkamah. Kerana itu adalah ruang terbaik untuk Tuan Guru Presiden mengemukakan bukti dan saksi yang diperlukan.

10. Pihak yang menyaman jangan tarik balik saman tersebut. Malah tidak perlu sesiapa menasihatinya untuk tarik balik walaupun atas nama untuk menjaga hubung baik Pakatan Rakyat kerana segalanya sudah terlambat. Kalau nak nasihat sepatutnya sebelum saman. Kalau nak tarik balik sepatutnya sebelum maruah Tuan Guru Presiden dicalar. Kini adalah masa Tuan Guru Presiden buktikan beliau dipihak yang benar. Kenyataan beliau berasas. Tindakan beliau adalah wajar. Kini dunia sedang menanti dengan penuh debaran untuk mengetahui keadaan sebenar. 

11. Jangan jadikan “Penghakiman Ingkar” itu sebagai keputusan muktamad kerana ia hanya penghakiman separuh jalan. Kebenaran bukan boleh dibeli dan dibayar dengan RM2 juta. Biarpun RM10 juta, tanpa bukti kukuh dan saksi benar, kebenaran tidak akan tersingkap. Bukti mestilah dikemukakan. Saksi mestilah ditampilkan. Saya harap pihak peguam PAS berjaya mengenepikan “Penghakiman Ingkar” itu untuk membolehkan proses perbicaraan berlangsung seperti biasa dan kita semua akan dapat mengikuti dan mengetahui dengan jelas proses perbicaraan sebelum keputusan salah benar dimuktamadkan oleh mahkamah.

Nasrudin bin Hassan
Ahli PAS Indera Mahkota.

Lampiran :

Watch “KENAPA BERLAKU PERTINDIHAN CALON PAS & PKR?” on YouTube – https://www.youtube.com/watch?v=b_hdPmJZNV0&feature=youtube_gdata_player
Sebarkan…

Advertisements

Kassim Ahmad Lari Malam…

Kassim Ahmad yang aku anggap seorang yang boleh menyesatkan umat islam di malaysia dengan idologi dan pemikiran songsang anti hadis ini boleh pula di sokong oleh Mantan PM Malaysia Tun Mahathir,

image

Ternyata kenyataan Tun Mahathir sememangnya satu pembohongan yang besar demi membela Sahabat lama beliau Kassim Ahmad…

Di bawah ini kenyataan dan pengakuan bekas Presiden Persatuan Ulamak Malaysia (PUM) Ustz Ahmad Awang

image

(Bekas Presiden Persatuan Ulama Malaysia (PUM), Ustaz Ahmad Awang berkata, ketika kejadian pertama Kassim membawa teorinya pada tahun 1986, beliaulah ketika itu Pengarah Penyelidikan Pusat Islam (kini Jakim) yang berdepan dengan Kassim.”Atas kapasiti sebagai Yang di-Pertua PUM, kami berdepan dengan Kassim di Masjid Seksyen 16, Petaling Jaya. Beliau meminta kami dengarkan dulu dia bercakap, selepas dia bercakap, masa habis, dan dia pulang ke Pulau Pinang.”Dia berjanji akan bertemu semula. Namun selepas itu, sampai sekarang dia tidak mahu bertemu kami. )

Dengan penjelasan bekas atau mantan Presiden (PUM) jelaslah Yang Kassim Ahmad yang pengecut sebenarnya bukan tak ada ilmuan atau Ulamak yang berani berhujah@berdebat dengan beliau sebaliknya Kassim Ahmad lari malam bila di ajak berhujah…

Tun M cuba membela dan menyokong tindakan Kassim Ahmad yang mempertikai Nabi Muhamad S.A.W dan lain-lain yang tak perlulah aku huraikan di sini..Adakah Tun M faham sekiranya mempertikai serta menyokong mereka yang mempertikaikan Muhamad S.A.W satu kesesatan yang nyata dan boleh membawa kepada rosaknya syahadah kita,lebih-lebih lagi mempersoalkan nama junjungan kita Muhamad dalam kalimah syahadah itu sendiri…

Aku bukan nak menghukum lebih-lebih lagi mengeluarkan fatwa kerana ini bukan bidang aku lagi pun aku bukanlah pandai sangat pun dalam bidang ilmu agama ni,sekadar mendengar kuliah dari orang-orang yang ahlinya dan berilmu…

Kesimpulan yang boleh aku ambik Kassim Ahmad dan Tun Mahathir kedua-duanya sesat lagi menyesatkan…….

Pusat Khidmat Teresa Kok Di Simbah Cat Merah Dan Bangkai Ayam…

KUALA LUMPUR, 19 FEBRUARI: Ahli Parlimen DAP Seputeh, Teresa Kok Suh Sim terus menerima ancaman, kali ini pihak terbabit bertindak lebih melampau apabila menyimbah cat merah pada tangga naik ke pejabat pusat khidmatnya di Jalan Kuchai Lama, di sini.

Selain itu bangkai ayam dan gambar Teresa bersaiz A4 turut ditemui diletakkan di situ.

Pengurus bangunan, Sim Foo Lan berkata, beliau dimaklumkan mengenai perkara itu oleh pekerja yang membersihkan kawasan itu awal pagi tadi.

“Pekerja memberitahu ada orang simbah cat dan tinggalkan bangkai ayam di situ. Saya juga jumpa dua kertas saiz A4. Satu daripadanya tertera gambar Teresa dan satu lagi saya tidak buka.

“Ini bukan kejadian kali pertama. Enam hari selepas Tahun Baru Cina, ada pihak yang tinggalkan kalungan bunga untuk orang mati di tempat sama,” katanya ketika dihubungi.

Ini adalah ancaman terbaru yang diterima Naib Pengerusi DAP Kebangsaan itu selepas tawaran menamparnya yang dibuat sekumpulan NGO yang menggelarkan diri mereka ‘Majlis Jemaah NGO Islam Malaysia’ 6 Februari lalu.

Sehubungan itu, Sim membuat laporan polis berhubung insiden itu di Balai Polis Sri Petaling.

“Saya sudah membuat laporan polis kerana hal ini membabitkan tempat awam dan pengguna bangunan lain,” katanya. -Roketkini.com

image

image

Tindakan Menyembelih Ayam serta Melumurkan Darah Dari Berberapa NGO Pro UBN Umpama Kempen Percuma Kepada DSAI..

image

Penganalisis politik berpandangan tindakan sekumpulan NGO Melayu yang bertindak menyembelih dua ekor ayam dan melumur darahnya pada kain rentang sebagai bantahan hanya memberi kempen tambahan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelang PRK Dun Kajang pada 23 Mac ini.

Menurut pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff, laporan media berhubung perkara itu secara tidak langsung mempromosikan Anwar.

“… pada pengamatan saya kontroversi yang tercetus ini telah memberi banyak kelebihan kepada Anwar.

“Ianya secara tidak langsung telah memberi kempen percuma kepada Anwar, mereka seolah-olah membantu kempen PKR secara tidak sedar, ini kerana harus diingat masyarakat di Kajang berada dalam kategori bandar yang sentiasa terdedah dengan perkembangan terkini negara, mereka dengar dan mereka tahu,” katanya kepada Sinar Harian Online hari ini.

PRK Dun Kajang akan diadakan pada 23 Mac ini, susulan tindakan penyandangnya Lee Chin Cheh meletakkan jawatan sebagai Adun di kerusi tersebut, ekoran itu Anwar dinamakan sebagai calon untuk mengisi kekosongan kerusi tersebut.

Terbaru MCA mengumumkan bahawa calonnya akan bertanding di kerusi tersebut bagi menentang Ketua Umum PKR itu.

Untuk rekod, kontroversi ‘sembelihan ayam’ baru-baru ini dilakukan oleh sekumpulan individu yang menggelarkan diri mereka “Majlis Jemaah NGO Islam Malaysia” telah bertindak menyembelih dua ekor ayam dan melumur darahnya pada kain rentang yang tertera gambar pemimpin Cina DAP dan PKR.

Kain rentang itu memuatkan wajah Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dari DAP dan Adun Machang Bubuk, Lee Khai Loon dari PKR.-SH

PAS bimbang ‘Rencana Kajang’ pecahkan Pakatan?

Menjelang konvensyen Pakatan Rakyat (PR) kelima Mac ini, seorang pemimpin PAS melahirkan kebimbangan sekiranya “Rencana Kajang” menyebabkan gabungan politik pembangkang itu berpecah.

Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS Dr Dzulkefly Ahmad (gambar) melahirkan kebimbangan berikutan aksi-aksi negatif para pemimpin dan penyokong PR sejak kebelakangan ini.

“Saya bimbang jika Rencana Kajang ini tidak ditangani dengan baik, ia akan menjadi punca berpecahnya Pakatan Rakyat selepas ini,” kata Dr Dzulkefly kepada The Malaysian Insider ketika ditemui di rumahnya.

PR akan mengadakan konvensyennya yang kelima di Selangor 8 Mac ini.  Perkara ini diumumkan oleh pengarah konvensyen, Iskandar Samad yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor dalam satu sidang media semalam.

Konvensyen yang bertema “Pakatan Membela Rakyat” itu antara lain menggariskan tiga objektif termasuk “Menunjukkan kesatuan dan menaikkan semangat kebersamaan parti-parti Pakatan Rakyat.”

Ia diadakan ketika rasa tidak senang antara parti-parti dalam PR timbul di mana-mana khasnya selepas “Rencana Kajang”.

Pilihan Raya Kecil (PRK) akan diadakan di Kajang ekoran perletakan jawatan mengejut bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PKR Lee Chin Cheh.

Ekoran itu, Ketua Umum PKR yang juga pemimpin utama PR Datuk Seri Anwar Ibrahim diumumkan sebagai calon PKR bagi PRK itu.

Kemenangan Anwar dalam PRK itu nanti dikatakan bakal membuka jalan kepada bekas timbalan perdana menteri itu untuk menjadi menteri besar Selangor menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Ia disifatkan oleh sesetengah pemimpin PAS sebagai bukan urusan dalaman PKR lagi kerana ia melibatkan jawatan menteri besar Selangor yang dilantik secara bersama.

Ekoran itu, kekesalan kepada PKR memuncak di kalangan PAS dan DAP kerana tindakan ini disifatkan sebagai tindakan unilateral yang mewarisi sikap Umno dalam Barisan Nasional (BN).

Pemerhati politik yang juga Ketua Eksekutif Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas), Wan Saiful Wan Jan turut menyifatkan ini adalah cara Umno.

“Jika anda benar-benar ingin melihat perubahan di Malaysia, anda tidak boleh membenarkan satu lagi Umno baru muncul,” kata Wan Saiful seperti dilaporkan media.

Kekesalan yang dirasai PAS dan DAP terhadap PKR ini juga dirasai oleh PKR, cuma isunya berbeza.

Bagi PKR, sikap PAS yang enggan menyokong Anwar sebagai menteri besar Selangor hanya mengulangi keenganan PAS mengiktiraf Anwar sebagai calon perdana menteri menjelang pilihan raya umum ke-13 lalu.

“Dulu Anwar nak jadi calon PM pun PAS tidak sokong, sekarang Anwar nak jadi MB Selangor pun PAS bantah. Persahabatan apa ini?” kata seorang pemimpin PKR yang enggan namanya disebut.

Berdasarkan latar belakang ini, Dzulkefly sangat bimbang dengan masa depan PR kerana seolah-olah kesemua pihak bersetuju untuk berpisah dan “Rencana Kajang” menjadi sebab langsungnya.

“Kalau begitu kesannya, saya beranggapan ‘Rencana Kajang’ ini adalah haram sifatnya,” kata beliau walaupun sebelum ini beliau menulis menyokong “Rencana Kajang”.

Sebelum ini, pemimpin ulama muda dalam PAS sering mengulangi analogi bahawa “haram hukumnya jika kita beriktikad (berkeyakinan) bahawa perjuangan Islam hanya akan berjaya melalui tahaluf siasi (kerjasama politik),” seolah-olah tahaluf siasi ini tidak berapa penting bagi mereka.

Ia dinyatakan ketika membela resolusi Multaqa Ulama SeMalaysia yang dianjurkan oleh Dewan Ulama PAS di Alor Setar menjelang pilihan raya umum lalu.

Multaqa itu meluluskan resolusi agar PAS mengkaji balik tahaluf siasi padahal sudah tiga kali berturut-turut Muktamar PAS mempertegaskan agar kerjasama dengan PR diperkukuhkan. – 13 Februari, 2014.

  • E-Buku IH-75: Dr Mohamed Mursi, Mujahid Akhir Zaman.
  • https://i2.wp.com/www.keadilandaily.com/wp-content/uploads/2013/03/PRU-13.jpg


  • Februari 2014
    I S R K J S A
    « Nov   Mac »
     12
    3456789
    10111213141516
    17181920212223
    2425262728  
  • Flag Counter


  • nanatanjungcafe74.wordpress.com value
  • nanatanjungcafe74.wordpress.com CY/PageRank
  • nanatanjungcafe74.wordpress.com Real PageRank
  • nanatanjungcafe74.wordpress.com Alexa/PR
  • Free Domain Name
  • Cheap Web Hosting Sites
  • Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 78 other followers

  • Nanacafe74
  • Penang State