Jawabpan Balas Dan Pendirian PAS Kuala Nerus Berhubung Kenyataan DAP Terengganu..

image

Selepas DAP Sabah dan Serawak kini giliran DAP Terengganu menyatakan pendirian mereka sama seperti pendirian DAP Pusat yang memutuskan hubungan dengan PRESIDEN PAS Tuan Guru Haji Hadi dan meneruskan hubungan dengan PAS Terengganu..

Sebelum aku siarkan kenyataan dan pendirian PAS Kawasan Kuala Nerus dengar dulu kenyataan aku ..DAP jangan bercakap macam orang bodoh apa lu orang cerita,lu orang kutuk caci kita punya pabak lu orang mau buat baik sama kita orang ha.ha.ha.akai ada ka !!

Di bawah ni kenyatan dan pendirian PAS Kawasan Kuala Nerus Terengganu:

:: Kenyataan PAS Kawasan Kuala Nerus, Terengganu ::

Ekoran Kenyataan Pengerusi DAP Terengganu En Ng Chai Hing yang disiarkan di dalam tabloid Sinar Harian berhubung status hubungannya dengan Pas Terengganu.

Pas Kawasan Kuala Nerus merasa amat kesal dan dukacita kerana DAP Terengganu mengambil sikap untuk memutuskan hubungan dengan Presiden Pas dengan menyebut Bil Persendirian yang bakal dibentang di Parlimen sebagai alasan.

Kami dengan ini ingin menegaskan bahawa adalah haram bagi Pas Kawasan Kuala Nerus untuk tidak menyokong sebarang usaha bagi meninggikan Syari’at ALLAH di muka bumi ini.

Oleh yang demikian, maka Pas Kawasan Kuala Nerus menyokong penuh usaha Yang Berhormat Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Awang, Presiden Pas untuk meneruskan hasrat membentangkan Bil Persendirian tersebut di Parlimen apabila tiba masanya.

Pas Kawasan Kuala Nerus menganggap pendirian DAP, Pusat atau pun Negeri, yang memutuskan hubungan dengan Presiden Pas dalam masa yang sama meneruskan kerjasama dengan Parti Pas dan ahli-ahlinya adalah tidak ubah seperti mengajak ahli-ahli Pas untuk memutuskan juga hubungan dengan Presidennya.

Pas Kawasan Kuala Nerus menganggap, sekiranya mana-mana anggota keluarga yang meneruskan kerjasama dengan musuh ayah yang menentang pendirian ayah yang didokong oleh semua anggota keluarga adalah bersikap kurang ajar dengan ayahnya.

Maka dengan ini dimaklumkan bahawa Pas Kawasan Kuala Nerus tidak lagi berhasrat untuk bekerjasama dengan DAP Pusat dan Negeri.

Terus Beristiqamah.

Hj. M.Shukrimun Shamsuddin,
YDP PAS Kawasan Kuala Nerus.
01hb April 2015.

Tinggalkan komen

Tiada komen.

Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

  • E-Buku IH-75: Dr Mohamed Mursi, Mujahid Akhir Zaman.
  • https://i2.wp.com/www.keadilandaily.com/wp-content/uploads/2013/03/PRU-13.jpg


  • April 2015
    M T W T F S S
    « Mar   Sep »
     12345
    6789101112
    13141516171819
    20212223242526
    27282930  
  • Flag Counter


  • nanatanjungcafe74.wordpress.com value
  • nanatanjungcafe74.wordpress.com CY/PageRank
  • nanatanjungcafe74.wordpress.com Real PageRank
  • nanatanjungcafe74.wordpress.com Alexa/PR
  • Free Domain Name
  • Cheap Web Hosting Sites
  • Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 78 other followers

  • Nanacafe74
  • Penang State