Nora Danish:Berkawan Dengan Nadim Bukan Kerana Harta?

Anak menteri pelancongan Datuk Seri Nazri Aziz membeli rumah banglo RM7.2 juta untuk ibunya dan bukan artis terkenal Nora Danish, kata jelitawan yang dikaitkan dengan Nedim. 

Ibu tunggal yang terkenal dengan siri televisyen Puteri dan Ana Luluitu juga berkata, rumah mewah itu sebenarnya bukan dibeli oleh Nedim seorang, lapor Sinar Harian.

NONE“Ia bukan untuk saya dan saya kesian dengannya dia kerana apa yang dia buat semuanya dikaitkan dengan saya,” Nora Danish (kanan) dipetik sebagai berkata kepada “Zass”, ruangan hiburan harian itu.

Sebuah NGO yang dekat dengan Pakatan Rakyat sebelum ini mendakwa memperoleh dokumen mengenai pembelian banglo RM 7,242,555.07 yang didakwanya dikaitkan dengan Nedim.

Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin berkata, bagi seorang anak muda dan setelah diteliti pekerjaan atau perniagaannya, kemampuannya membeli harta tanah itu “amat meragukan”,

Nazri bagaimanapun mengulas dakwaan itu dengan gayanya tersendiri dengan berkata: “Dia boleh beli istana, ini bukan masalah saya”

Nora Danish juga berharap penjelasannya menjadi titik noktah dan tiada lagi yang mengaitkannya dengan isu itu.

Mengulas hubungannya dengan Nedim, Nora Danish mengakui Nedim rapat dengan dirinya tetapi menegaskan beliau berkawan dengan lelaki itu bukan kerana harta.

“Apa yang saya pentingkan adalah kami selesa antara satu sama lain,” Nora Danish dipetik sebagai berkata.mk

Panas:Pelakon Diraba Dan Di Cium Pengarah Buat Laporan Polis

Pelakon nekad saman pengarah
Pelakon baru berusia 22 tahun ditemui Sinar Harian ketika hadir ke IPD Tampin, semalam bagi memberi keterangan.

“Saya akan saman. Jangan anggap pelakon baru senang disentuh dan diugut untuk mendiamkan diri,” kata pelakon yang menjadi mangsa cabul seorang pengarah drama.

Pelakon berusia    22 tahun itu ditemui Sinar Harian ketika dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tampin, semalam bagi direkodkan keterangan berhubung insiden cabul yang berlaku di tempat penginapan di bandar ini, awal tahun ini.

Menurutnya, mencabul merupakan kejadian terbaru membabitkan perbuatan keji pengarah itu kerana kejadian kali pertama semasa pengarah berusia sekitar 60-an itu menghantarnya pulang ke Damansara.

“Pada masa itu saya terkejut dengan perbuatannya, namun pengarah itu ugut saya diamkan diri.
Sekiranya perkara ini tersebar, nama saya dalam dunia lakonan akan ‘gelap’.

“Saya memang minat berlakon, tetapi kerana insiden itu, saya takut untuk menerima tawaran berlakon. Jika diikutkan, pengarah itu merupakan pengarah ketiga yang pernah saya bekerjasama dan pengalaman bekerja dengannya memang benar-benar menakutkan saya,” katanya.

Beliau berkata, selepas insiden yang berlaku antara Januari dan Februari lalu, pengarah berkenaan ada memberi tawaran berlakon kepadanya, tapi dia menolak kerana tidak mahu perkara sama berulang.

“Cukuplah insiden sebelum ini. Saya nekad untuk membuat laporan polis serta berharap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan pantas bagi memberi pengajaran kepada pengarah berkenaan,” katanya.

Difahamkan, insiden yang berlaku itu semasa beliau jalani penggambaran drama 13 episod di bawah arahan pengarah dan juga penulis skrip itu di Air Mawang, Kuala Pilah.

Menurutnya, kejadian itu berlaku tiga hari berturut-turut apabila pengarah itu sesuka hati meraba tubuhnya dan menciumnya jika dia terleka.

“Saya harap apa yang berlaku kepada saya jadi tauladan. Malah, saya harap pengarah itu juga akan mendapat hukuman setimpal,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintenden Wooi Kooi Cheang berkata, kes dalam siasatan polis.

“Hari ini (semalam), kita memanggil pelakon berkenaan untuk merekod keterangannya,” katanya.

Ahmad Idham Kecewa Pawagam Tayang Gambar Waktu Magrib..

 Penerbit filem, Ahmad Idham Ahmad Nadzri kecewa dengan sikap pemilik pawagam di negara ini yang tidak sensitif apabila menayangkan filem-filem tempatan pada waktu Maghrib.

Ahmad Idham berkata, keadaan itu turut berlaku terhadap filem terbitannya iaitu Lari di mana terdapat beberapa pawagam menayangkan filem itu pada pukul 7 malam sehingga menimbulkan kemarahan segelintir pihak.

“Isu ini sebenarnya sudah lama berlaku dan saya mahu bercakap tentang perkara ini apabila sudah tidak tahan disindir dan ada kalanya dimaki oleh peminat-peminat seolah-olah saya tidak menghormati waktu Maghrib.

“Sedangkan penetapan waktu tayangan bukan ditetapkan oleh saya, tetapi oleh pihak pawagam itu sendiri.

“Bukan filem saya sahaja yang menjadi mangsa keadaan, sebaliknya juga filem-filem tempatan lain,” katanya.MS

Hot! Jais Sahkan Shah Shahrizal Jaszle Ditangkap Khalwat

Shahrizal Jaszle

 Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mengesahkan pelakon Shahrizal Jaszle telah ditahan atas kesalahan berkhalwat oleh sepasukan pegawai dari bahagian penguatkuasaan Jais di sebuah unit apartment Taman Sri Subang di sini awal pagi Khamis.

Pengarah Jais, Datuk Marzuki Hussin dalam satu kenyataan mengesahkan penangkapan Shahrizal atau nama sebenarnya, Mohd Shahrizal Jaszle Jasmi, 25, yang sudah bertunang Disember lepas.

“Dia ditahan mengikut Seksyen 29(1) A dan B, Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995,” katanya.

Shahrizal ditahan pada pukul 3.30 pagi selepas pasukan penguatkuasa mendapat maklumat daripada orang awadan jika disabitkan bersalah dia boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjarakan tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Pelakon berkenaan sebelum ini pernah dikaitkan mempunyai hubungan cinta dengan Maria Farida dan Miera Leyana namun hubungan mereka tidak bertahan lama.

Dalam pada itu, usaha mStar Online untuk mendapatkan komen pelakon itu gagal apabila Shahrizal tidak menjawab panggilan yang dibuat sejak malam tadi.MY

Zain Saidin Menutup Akaun Instagramnya Demi Menjaga Maruah Rozita Che Wan

Rozita Che Wan yang sebelum ini heboh di perkatakan di laman-laman maya foto seksi mesra Rozita dan Zain Saidin yang di muat naik sendiri oleh Zain Saidin kedalam akaun Instagramnya baru-baru ini…Ramai yang memperkatakan tentang Rozita yang tak tau malu dengan penampilan beliau yang agak melampau dan menjolok mata itu..Rasanya tak payahlah aku nak ulas apa yang melampau tentu dah ramai yang tengok gambar tu pun…Ada pro dan ada kontranya…Rozita di kecam hebat di media maya macam-macam perkataan yang di lemparkan ada nasihat,ada pujian,cacian dan tak kurang juga makian,apa boleh buat kena terima dan belapang dada kerana sendiri cari sendiri jawab la kah.kah.kah…Zain Saidin buah hati Rozita kini telah menutup akaun Instagram miliknya kerana tidak mau Rozita kekasihnya di kutuk peminat dan demi menjaga maruah Rozita…Kalau betul nak jaga maruah seperti apa yang di katakan oleh Zain,dari awal lagi sepatutnya Zain memikirkan buruk baik dan impeknya sebelum mendedahkan gambar tersebut…Lagi-lagi gambar seksi dan mesra seperti suami isteri memang patut pun di tegur..Aku harap selepas ni Zain akan mengajar Rozita cara berpakaian sopan mengikut adab seperti seorang muslimah bertepatan dengan apa yang di ucapkan oleh Zain untuk menjaga maruah Rozita…Tak payah la dok dedah sangat,jaga adab-adab berpasangan dalam islam kan cantik tu..Manusia tidak dapat lari dari melakukan kesilapan,Oleh itu belajarlah dari kesilapan dan bangun perbaiki keadaan…

HANGPA PIKIAQ LA SENDIRI!!!!

Fizz Apa Dah Jadi…Tunangku Bini Orang!!!!

Kuala Lumpur: Pertunangan Fizz Fairuz hanya bertahan seminggu apabila pelakon itu memutuskan ikatan dengan tunangnya Ahad lalu, selepas mengetahui wanita berkenaan rupa-rupanya sudah bersuami.

“Saya benar-benar tertipu dan tidak menyangka tunang saya itu isteri orang,” kata Fizz, 34, semalam.

Pertunangan Fizz secara diam-diam dengan seorang wanita berusia 26 tahun di Kuantan, Pahang pada 10 Februari lalu, mengejutkan banyak pihak kerana sebelum ini dia hangat bercinta dengan pelakon, Almy Nadia, 27, sejak tujuh tahun lalu.

“Saya tidak menyangka perkara sebegini berlaku dan kehidupan saya seolah-olah ‘diatur’ oleh dia (bekas tunangnya) sejak kami berkenalan setahun lalu,” katanya yang menyifatkan kemungkinan dia terkena buatan orang.

Fizz berkata, empat hari selepas bertunang iaitu pada Khamis lalu, baru dia tahu tunangannya itu isteri kedua seorang usahawan berusia 40-an dan mereka bernikah di selatan Thailand beberapa tahun lalu.SUMBER

Mana Bajet RM6 Juta Yang Dijanjikan?,” soal Zed

Artis serta pembangkang: Reaksi pemimpin artis
Artis serta pembangkang: Reaksi pemimpin artis

Zed Zaidi:  Jangan pinggirkan artis tempatan!

Tidak berpuas hati dengan tindakan kerajaan yang memanggil artis Korea, Psy, untuk mengadakan persembahan sempena sambutan Tahun baru Cina di Pulau Pinang, Presiden Seniman, Zed Zaidi, terus mempersoalkan perkara itu.

Katanya, bayaran RM2 Juta untuk penyanyi itu langsung tidak masuk akal dan ‘buang duit’ semata-mata.

“Dengan nilai sebanyak itu, kita mampu memanggil lebih daripada 10 artis tempatan. Bagaimana artis nak sokong kerajaan sedangkan mereka tidak memberikan keistimewaan itu?

“Artis luar senang mendapat imbuhan di negara kita sedangkan artis kita sukar mendapatkan keistimewaan itu di luar negara. Malah, ada di antaranya hanya ditabur janji manis, namun hanya indah khabar dari rupa.

“Saya pernah menyuarakan Skim Insurans Seniman, namun sehingga kini masih belum dilaksanakan. Begitu juga dengan Bajet 2013 yang diumumkan baru-baru ini. Mana bajet RM6 Juta yang dijanjikan?,” soal Zed.

Tambah Zed lagi, Seniman turut menghadapi kesukaran mendapatkan dana daripada kementerian dalam usaha membantu golongan artis yang memerlukan.SAMBUNG SINI

  • E-Buku IH-75: Dr Mohamed Mursi, Mujahid Akhir Zaman.
  • https://i2.wp.com/www.keadilandaily.com/wp-content/uploads/2013/03/PRU-13.jpg


  • Mei 2017
    I S R K J S A
    « Sep    
    1234567
    891011121314
    15161718192021
    22232425262728
    293031  
  • Flag Counter


  • nanatanjungcafe74.wordpress.com value
  • nanatanjungcafe74.wordpress.com CY/PageRank
  • nanatanjungcafe74.wordpress.com Real PageRank
  • nanatanjungcafe74.wordpress.com Alexa/PR
  • Free Domain Name
  • Cheap Web Hosting Sites
  • Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 78 other followers

  • Nanacafe74
  • Penang State