Adun Penanti Bakal Di Kenakan Tindakan Kerana Monyokong Tuan Guru Haji Hadi Dan Hudud????

image

Taniah kepada Yb kerana berani berkata benar dan hak..
Adun Penanti hanya menyokong Tuan Guru Haji Hadi Presiden PAS dan Ruu hudud dia bakal di kenakan tindakan..

image

Aku rasa pelik juga dengan pemimpin PKR ni yang kebanyakannya di pimpin dari orang Islam ,Seharusnya merasa gembira apabila ada dari kalangan parti yang berani berkata benar dan hak.membela Islam dan hukumnya ni tidak terbalik pulak sokong Ulamak dan undang-undang Islam pulak berhadapan dengan tindakan ..Yang melawan Serra menolak hukum Islam pulak di pandang sebagai hero..

image

Sebagai orang Islam seharusnya menyokong Adun Penanti ini bukannya bersekongkol dengan munafik kafir yang sememangnya tidak menyukai Islam ..Kenapa beliau perlu di panggil dan di kenakan tindakan sedangkan apa yang beliau lakukan adalah menyokong agamanya ,adakah ini di anggap salah do mata pemimpin PKR,TEPUK DADA TANYA IMAN..

image

Jom kita sokong mereka yang menyokong Islam dan hudud tolak mereka yang menolak kepada Islam dan undang-unfangnya..sebagai orang Islam generasi Muda aku menyeru supaya menyokong PAS kerana Islam dan perlaksanaan hukum beserta undang-undangnya..Seharusnya kita umat Islam bersatu Tampa memikirkan Dari mana asal-usul,warna kulit,kedudukan dan ideologi politik kita kerana kita lihat orang bukan Islam bersatu menyerang kita menolak perlaksanaan hukum kanun syariah@hudud yang lansung tidal ada kena mengena dengan mereka..Jadi apa salahnya kita bersatu demi pertahankan dan memenangkan Islam agama kita..

Ada Jugak Adun DAP Yang Kata GST Jangan Pertikai…

image

Ada jugak yang dok sokong GST!!! …
Dalam kita rakyat Malaysia kesana kemari demo tentang pelaksanaan GST mangkuk ni pulak kata jangan petikai Ha.ha.ha.harammmm..

DAP Sekarang ni melalui yb-yb mereka nampaknya semakin memusing lidah dah macam bewak sat cakap itu sat cakap ini tak konsisten lansung.

Apa tidaknya yang hudud baik Untuk kemakmuran rakyat hangpa pertikai dan tentang,….mai dekat GST yang menyusahkan rakyat hangpa boleh kata tak payah pertikai ? Apa punya ding-dong ni..

Lepas ni nanti keluaq kenyatan ,Dap mengangap kenyataan Adun dari Perak itu adalah kenyataan Peribadi Dan tidak mewakili pendirian Parti…..

Adun Dap lu kena ingat lu tak pertikai takpa lu Adun kaya -raya kita rakyat yang angkat lu kena la pertikai tak kaya macam lu mee megi pun naik macam mana tak pertikai,lu sendiri mau ingat LA haaaaa..

Kat bawah ni aku sertakan harga barang naik dan turun sebelum dan selepas GST ……

TURUN HARGA
– BERAS SUPER (TEMPATAN) (ST15%) 10KG RM19.65 – RM19.61
– BERAS CAP RAMBUTAN (SST15%) 10KG RM25.90 – RM25.85
– BAWANG BESAR KUNING (HOLLAND) 1KG RM3.30 – RM3.29
– ROTI SANDWIC GARDENIA 400G RM2.40 – RM2.39
– ROTI SANDWIC HIGH 5 400G RM2.40 – RM2.39
– NESCAFE CLASSIC 200G RM17.00 – RM16.38
– YOGURT NESTLE (TANPA LEMAK) 135G RM1.90 – RM1.88
– AYAM BERSIH – STANDARD 1KG RM7.10 – RM7.08
– AYAM BERSIH – SUPER 1KG RM8.50 – RM8.47
– MINYAK ANGIN CAP KAPAK 10ML RM4.95 – RM4.94
NAIK HARGA
– MI SEGERA MAGGI 2 MINIT PERISA KARI 5x79G RM4.50 – RM4.59
– SARDIN CAP KING CUP 9SOS TOMATO) 155G RM3.10 – RM3.28
– KICAP LEMAK MANIS CAP KIPAS UDANG 345ML RM5.40 – RM5.71
– BISKUT CREAM CRACKER CAP HUP SENG 428G RM3.95 – RM4.03
– SOS CILI MAGGI 500G RM3.85 – RM3.93
– TEPUNG JAGUNG (BERBUNGKUS) 400G RM1.80 – RM1.90
– MILO (PAKET) 400G RM8.20 – RM8.66
– SUSU ISIAN PEKAT MANIS CAP TEAPOT RM3.40 – RM3.60
– BURGER AYAM RAMLY ORIGINAL 6 KEPING RM5.50 – RM5.61
– AIR MINERAL SPRITZER 600ML RM1.50 – RM1.58
TIADA PERUBAHAN HARGA
– TELUR AYAM GRED A 10 BIJI RM4.40
– TELUR AYAM GRED B 10 BIJI RM4.15
– TELUR AYAM GRED C 10 BIJI RM4.10
– MI KUNING BASAH 500G RM1.20
– REMPAH SUP BUNJUT ADABI 8G RM1.10
– CILI KERING KERINTING – BERTANGKAI RM1.30
– GARAM HALUS BIASA 350G RM0.80
– ASAM JAWA (BERBIJI) 200 G RM1.30
– KEPAK AYAM 100G RM1.30
– DADA AYAM 100G RM1.20
Sumber maklumat: Buku Panduan Harga Pengguna (Zon Tengah)

(SUMBER SH)

DAP,PKR Sabah Tinggalkan PAS Kerana Hudud..

image

Apa dah jadi dengan PR Sabah berkecai Sudan…

Tindakan yang di ambil oleh DAP dan PKR Sabah memutuskan Untuk tidak lagi bersama PAS dalam PR adalah sesuatu tindakan yang boleh aku anggap sangat lemah dan terburu-buru ..Kenapa perlu DAP dan PKR harus tinggalkan PAS hanya kerana Ruu hudud Kelantan? Sedangkan tak ada kenamengena pun dengan negeri tersebut apa yang harus ditakutkan, lagi pun sekirannya di luluskan langsung orang yang bukan beragama Islam tidak terlibat…

PKR yang diharapkan untuk menyokong lain pulak jadinya,Sebaliknya bersama-sama DAP menolak hukum hudud ..Jadi bolehlah aku andaikan sebenarnya PKR masih lagi berdarah Umno cuma bertukar baju perangai tetap sama…Kini nampaknya PAS akhirnya berjuang untuk menegakan hukum Allah itu kembali bersendirian ….

Tamrin Gafar Keluar PAS

image

image

Khalid Samad Musang Berbulu Ayam Dalam PAS….

Ni la orang yang hangpa nak tau Ahli PAS bejiwa DAP berhati PKR Khalid Samad yang lebih PKR dari PKR sendiri malu la woi.. Khalid Samad kata Dr Zuhdi calar imej PAS kerana isu kotrovesi Wup group yang telah bocor,Betoika! kalau macam tu isu MAIS dan Sultan Selangor tak mencemarkan dan mencalarkan imej PAS ka,Keputusan dan pendirian Presiden pun hang tak hormat lagi mau sembang pasai calar tak calar cermin diri tu dulu dan sedaq hang menang di atas tiket parti mana dan hang sendiri ahli Parti mana tak payah dok melompat, lebih sudu dari kuah Khalid…Aku rasa kalau Khalid Samad join PKR/DAP lagi baik ada orang macam ni dalam PAS peghabih  beras boleh la,

.Tindakan menyokong Khalid Ibrahim di Kekalkan oleh Presiden dan Murshidul Am bukan bermakna menyokong serta sehaluan dengan Umno dan BN itu hanya pesepsi Khalid yang kononnya cerdik he.he.he
itu cuma kebetulan,bukankah sokongan yang di beri oleh Tuan  Guru Presiden dan Tuan Guru Murshidul.Am jelas Khalid di kekalkan kerana tidak ada unsur kianat apa yang tu pun tak kan Khalid yang mengangap dirinya cerdik tak boleh nak faham..

Khalid nak Ampu Anwar silakan nak sokong DAP pun teruskan aku nak bagitau sokongan aku kepada kenyatan dan pendirian Presiden dan Mursyidul Am Pas Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat jelas Full Stop..

Lepaih ni elok la hang join PKR Khalid dari semak dalam PAS serta berperanan seperti musang berbulu ayam dan kawan makan kawan..

image

image

Ketua Menteri Pulau Pinang Lebih Berhati Perut..Guan Eng Sebak Dan Tak Dapat Menahan Air Matanya Bila Bersama Dalam Mengagihkan Makanan Kepada Golongan Gelangdangan.

image

GEORGE TOWN, 8 JULAI: Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mengumumkan sumbangan RM20,000 kepada pusat sehenti The Lighthouse di sini bagi membantu pusat itu meneruskan program mengagihkan makanan kepada golongan gelandangan.Beliau berkata, sumbangan daripada peruntukan Ketua Menteri itu diberikan selepas tersentuh melihat kesungguhan The Lighthouse yang dikendali NGO Penang Office for Human Development (POHD), serta keadaan golongan gelandangan di sana.“Memberi makan adalah perbuatan yang sangat mulia. Saya sangat tersentuh dengan ‘soup kitchen’ di sini dan tempat lain, sama ada yang dikendalikan pertubuhan Katolik, Muslim, atau Hindu yang membantu memberi makan kepada golongan yang tidak mampu.“Ini adalah usaha yang sangat mulia. Kita melihat mereka seperti insan, mereka berhak untuk diberi makan, terutama oleh badan-badan amal seumpama ini,” katanya dalam sidang media di sini.Sehubungan itu, katanya lagi, beliau tidak memahami keputusan kerajaan persekutuan baru-baru ini yang ingin menghukum dan mendenda badan-badan yang membuat kerja amal seperti ini.“Mereka perlu dipuji dan dilindungi, bukan dihukum dan didenda,” katanya lagi.Guan Eng sempat meluangkan masa membantu mengagihkan makanan di sini di sebalik jadual padatnya berikutan sambutan ulang tahun ke-6 pengisytiharan George Town sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO yang jatuh pada hari sama.

image

Beliau juga dilihat gagal menahan air matanya sewaktu melihat para gelandangan menikmati makanan yang diberikan.The Lighthouse yang terletak di Jalan Penang menerima kunjungan tanpa mengira kaum dan agama, malah menyediakan makanan menurut kepercayaan agama masing-masing, antaranya dengan tidak menghidangkan babi dan lembu.“Ini sangat menghormati golongan gelandangan. Adalah sangat penting untuk kita mengangkat maruah mereka, selayaknya sebagai manusia,” kata Guan Eng lagi memuji tindakan itu.Selain memberi sumbangan makanan, The Lighthouse juga menyediakan pusat kemahiran bagi golongan gelandangan seperti perniagaan dan masakan, bagi membuka peluang mereka untuk mendapat pekerjaan.P Pinang tidak akan ikut PusatDalam pada itu, Setiausaha Agung DAP itu juga memberi jaminan kerajaan negeri tidak akan sama sekali mengikut rancangan kerajaan Persekutuan untuk menggunakan Akta Orang Papa bagi membenarkan penahanan golongan gelandangan.“Apakah undang-undang ini, apabila anda menahan seseorang hanya kerana mereka miskin selama 3 hingga 6 tahun? Ini lebih teruk daripada Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).“Saya menggesa kerajaan agar tidak meneruskan rancangan (menghukum ‘soup kitchen’ dan golongan gelandangan). Adakah menjadi miskin dianggap jenayah di negara ini? Ini adalah sesuatu yang tidak akan kita lakukan di Pulau Pinang,” katanya lagi. -Roketkini.com

Betul Ka Najib Kata Umno Dan.Kerajaan Tak Tolak Hudud?

image

Terbaik Najib kata Umno dan kerajaan tak pernah tolak hudud betoi ka?Najib macam nak menutup pekung di dada sedangkan dari zaman Tun Mahathir lagi hudud telah di permain-mainkan jadi tak payah la Najib nak jadi hero konon Umno dan kerajaan tak pernah menolak hudud..aku malas nak ulas panjang-panjang hampa tengok video kat bawah ni..

Video

  • E-Buku IH-75: Dr Mohamed Mursi, Mujahid Akhir Zaman.
  • https://i2.wp.com/www.keadilandaily.com/wp-content/uploads/2013/03/PRU-13.jpg


  • Julai 2017
    I S R K J S A
    « Sep    
     12
    3456789
    10111213141516
    17181920212223
    24252627282930
    31  
  • Flag Counter


  • nanatanjungcafe74.wordpress.com value
  • nanatanjungcafe74.wordpress.com CY/PageRank
  • nanatanjungcafe74.wordpress.com Real PageRank
  • nanatanjungcafe74.wordpress.com Alexa/PR
  • Free Domain Name
  • Cheap Web Hosting Sites
  • Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 78 other followers

  • Nanacafe74
  • Penang State