As,salammualaikum !!

Lama dah aku tinggal blog ni nampak penuh sawang ,berserabut sabut ..dah kosong tinggal lama segala takut jadi rumah hantu pulak !!!!!

Bn Kalah Ramai Bakal Di Dakwa(Tun Mahathir)

image

Tu dia Tun dah mengaku hangpa bila lagi…

Ha,ha,ha nampaknya betoi la Umno BN korup kalau tak takan Murshidul Ammmmmm BN nak bagitau macam ni.Pecacai UBN sedar diri sikit jangan dok kona dah Tun Mahathir dah bagi klu takan tak gheti-gheti lagi kot….

Tak ada angin Pokok tak bergoyang, Kalau betoi la pemimpin Umno BN ni bersih Murshidul Ammmm no tak ugut la he,he,he..

Lepas ni kita tunggu tengok apa pula Tun Mahathir Murshidul Ammmmm no nak ciret plak …Lingkup UBN Lepas Ni….

image

PRK Rompin,Pematang Pauh Uji Kebersamaan PR..

Demam PRK semakin terasa Permatang Pauh PP dan Rompin, Yang hangat di perkatakan adalah Permatang Pauh kerusi panas milik DSAI dan PKR,..Rata-rata rakyat memperkatakan adakah PKR dapat mempertahankan Kerusi tersebut apabila mereka di lihat tidak menyokong Ruu hudud yang di bawa oleh PAS rakan sekutu PR,Tindakan mereka di lihat seperti mengiyakan tindakan DAP yang menentang hukum Islam mati-matian malah bersama DAP menentangnya…

Permatang Pauh majoriti boleh di katakan orang Melayu Islam dan kebanyakannya juga adalah terdiri dari Ahli dan penyokong PAS, PKR mau atau tidak harus menggunakan kebijaksanaan mereka kali ini untuk menjinakan pemimpin dan ahli PAS di peringkat akar umbi supaya segala gerak kerja PRK berjalan lancar..

PAS,PKR dan DAP harus cerdik dalam menangani arus politik alaf baru ini mendepani masalah rakyat dengan bijak sana dan mengelak dari pertelingkahan ..PR kini mempunyai peluang besar untuk merampas Putra Jaya dari tangan UBN yang semakin tongang-langgang ..

PAS,PKR dan DAP harus kemeja bulat selesaikan kemelut dalaman sekiranya ingin menawan Putra Jaya elak dari tikam-menikam kata mengata serta elak dari mengguris sesetifviti umat Islam amnya..

Terutama DAP harus menjaga adab berkawan jangan sesekali cuba mencapuri urusan Parti lain dalam PR mencerca Presiden  Parti lain dan memperkecilkan …

Apa yang bakal belaku nanti kita sama-sama saksikan….

Najib Wal Rosmah Di Serang Tun M Dan Kuli..!!!

image

Tun M sejak dua menjak ni macam cacing kepanasan mendesak menekan Najib yang di anggapnya tidak lagi releven bertindak sebagai PM yang menurutnya tidak lagi mendapat sokongan rakyat berbilang bangsa di Malaysia,Tun juga mengatakan sekiranya BN masih lagi di pimpin oleh Najib Wal Rosmah maka Pru 14 BN akan mengalami kekalahan…

image

Yang lagi teruk apabila Tun M mula menyentuh isu Altantuya Sharibu..Aku rasa sebelum ini Tun tak pernah langsung menyentuh isu pembunuhan Misteri berprofile tinggi ini….

Sakarang Tun munkin dah tak tahan kot dengan Najib atau Kak Ros@Rosmah..Tun Menyentuh kenyataan Sirul yang beliau di arah untuk melakukan pembunuhan tersebut, kemudian
Najib mengatakan mengarut..Tun Meminta siasatan di lakukan untuk mengenal pasti pengarah tersebut supaya Sirul tidak teraniaya…Amacam Polis berani ka nak siasat..Jangan dok ikut,siasat dan tangkap ahli politik pembangkang saja yang rata-rata kesalahan kecil yang langsung tidak menggugat keharmonian kaum,nyawa mau pun negara.

image

Tak kurang juga Ahli politik dan veteran Umno Ku Li tak senang dengan pentakbiran Najib Wal Rosmah..Kuli mengkritik Pelaksanaan 1MDB dan GST yang membebankan rakyat .Pendek kata Najib Wal Rosmah tidak lagi popular di dalam rumah tangganya sendiri apabila di kritik hebat oleh abang-abangnya di dalam Umno@Umbooo  ..Riwayat Najib Wal Rosmah nampaknya dah tak lama he.he.he..

Najib seperti muka tak malu hidung tak mancung pipi tersorong-sorong pepatah melayu la ,bukan apa peringgatkan saja melayu kan mudah lupa..

Aku masih teringat semasa Pak Lah apabila di serang oleh Tun suatu ketika sehingga membawa kepada peletakan jawatan ,Najib Wal Rosmah bila lagi..seteruk-teruk Pak Lah pun tak la sebangkai Najib Wal Rosmah ni…

Kepada Ahli dan penyokong serta pendokong Umno@umboo ini cerdik la sikit sampai bila hangpa nak di perbodohkan ,Sudah-sudah la bodoh tu simpan la sikit,Cuba berfikir dengan matang keluar ja Umno/BN yang saban hari menyusahkan rakyat,Aku rasa rakyat ada pilihan kenapa tidak berubah dari tidak baik kepada yang lebih baik..Jom berubah Untuk kearah generasi yang lebih terbilang PR jadikan pilihan….

Apabila Gendang PRK Permatang Pauh Berbunyi….

image

Gendang PRK Permatang Pauh dah pun berbunyi selepas rayuan pengampunan DSAI di tolak….

Apakah PKR akan mewakilkan anak DSAI ia itu Nurul Nuha atau Kak Jah kembali kita tunggu dan tengok,Dari tradisinya Dr Wan Azizah kembali kepada DSAI….
PKR rasanya tak munkin mau melepaskan Permatang Pauh kerana ramai juga ahli PKR yang aku kenai mengatakan PKR tidak akan mengambil resiko yang boleh menyebabkan kehilangan Kubu Kuat mereka ini yang rata-rata ahli PKR mengangap Maruah Parti PKR adalah Permatang Pauh,Sekiranya tersilap buat percaturan boleh lingkup malah munkin juga PKR akan kembali suram seperti dulu..

Aku tidak menolak kebenaranya kerana Permatang Pauh Kubu kuat DSAI@Ketua Umum PKR..
Tetapi kalau kita tengok Fakta Pru lepas risau jugak lebih-lebih sekarang ni dengan keadaan konflik dalam PR yang munkin juga boleh merubah angka-angka di atas dan perlu kita ingat di dalam Kawasan Pematang Pauh juga terletaknya Kubu Kuat PAS yang tak pernah kalah..PKR harus melihat ini sebagai isu penting dalam PRK ini …

PAS di lihat juga lebih dominen di Permatang Pauh,  juga dari segi jentera dan gerak kerja PAS tak boleh di pertikaikan lagi..

PKR nampaknya tak mampu kehilangan PAS dalam rakan Pakatannya kerana boleh merugikan PKR..DAP tak mampu mendapat kepercayaan melayu lebih-lebih Ahli dan penyokong PAS amya,..Sekiranya PKR mengambil sikap kurang bijak boleh merugikan PKR sendiri…Fikir-fikirkan kebenarannya..

Jawabpan Balas Dan Pendirian PAS Kuala Nerus Berhubung Kenyataan DAP Terengganu..

image

Selepas DAP Sabah dan Serawak kini giliran DAP Terengganu menyatakan pendirian mereka sama seperti pendirian DAP Pusat yang memutuskan hubungan dengan PRESIDEN PAS Tuan Guru Haji Hadi dan meneruskan hubungan dengan PAS Terengganu..

Sebelum aku siarkan kenyataan dan pendirian PAS Kawasan Kuala Nerus dengar dulu kenyataan aku ..DAP jangan bercakap macam orang bodoh apa lu orang cerita,lu orang kutuk caci kita punya pabak lu orang mau buat baik sama kita orang ha.ha.ha.akai ada ka !!

Di bawah ni kenyatan dan pendirian PAS Kawasan Kuala Nerus Terengganu:

:: Kenyataan PAS Kawasan Kuala Nerus, Terengganu ::

Ekoran Kenyataan Pengerusi DAP Terengganu En Ng Chai Hing yang disiarkan di dalam tabloid Sinar Harian berhubung status hubungannya dengan Pas Terengganu.

Pas Kawasan Kuala Nerus merasa amat kesal dan dukacita kerana DAP Terengganu mengambil sikap untuk memutuskan hubungan dengan Presiden Pas dengan menyebut Bil Persendirian yang bakal dibentang di Parlimen sebagai alasan.

Kami dengan ini ingin menegaskan bahawa adalah haram bagi Pas Kawasan Kuala Nerus untuk tidak menyokong sebarang usaha bagi meninggikan Syari’at ALLAH di muka bumi ini.

Oleh yang demikian, maka Pas Kawasan Kuala Nerus menyokong penuh usaha Yang Berhormat Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Awang, Presiden Pas untuk meneruskan hasrat membentangkan Bil Persendirian tersebut di Parlimen apabila tiba masanya.

Pas Kawasan Kuala Nerus menganggap pendirian DAP, Pusat atau pun Negeri, yang memutuskan hubungan dengan Presiden Pas dalam masa yang sama meneruskan kerjasama dengan Parti Pas dan ahli-ahlinya adalah tidak ubah seperti mengajak ahli-ahli Pas untuk memutuskan juga hubungan dengan Presidennya.

Pas Kawasan Kuala Nerus menganggap, sekiranya mana-mana anggota keluarga yang meneruskan kerjasama dengan musuh ayah yang menentang pendirian ayah yang didokong oleh semua anggota keluarga adalah bersikap kurang ajar dengan ayahnya.

Maka dengan ini dimaklumkan bahawa Pas Kawasan Kuala Nerus tidak lagi berhasrat untuk bekerjasama dengan DAP Pusat dan Negeri.

Terus Beristiqamah.

Hj. M.Shukrimun Shamsuddin,
YDP PAS Kawasan Kuala Nerus.
01hb April 2015.

Apabila Bapak Jebon Bukak Mulut !!!!

image

Pasma aku rasa Semua orang tau niat hangpa ni tak payah dok timbang-timbang lah sangat kalau ghasa dah berani sangat jadi la Parti politik aku nak tengok tang mana nanti hangpa duduk kah.kah.kah…sorry bukan aku nak peli tapi ghasa geli hati pulak…

Phahrolrazi ni sapa tak kenai bapak jebon yang gila kuasa@pangkat di zaman Pas dan PR mentakbir Kedah dulu apa dia ni buat ,Ada hati nak ganti Ustaz Azizan …

Daripada dok jadi Virus@kuman yang membusuk di dalam PAS baik hang keluaq ja ,lagipun lagi cepat hangpa berambus dari PAS lagi elok bukan pa kurang la penyakit jebon tu berjangkit dan merebak dalam PAS…
Kalau ghasa dah kuat sangat blah ja tak payah dok pikiaq-pikiaq la no lagi cepat lagi bagus..syuhh,syuhh,syuhh…

Adun Penanti Bakal Di Kenakan Tindakan Kerana Monyokong Tuan Guru Haji Hadi Dan Hudud????

image

Taniah kepada Yb kerana berani berkata benar dan hak..
Adun Penanti hanya menyokong Tuan Guru Haji Hadi Presiden PAS dan Ruu hudud dia bakal di kenakan tindakan..

image

Aku rasa pelik juga dengan pemimpin PKR ni yang kebanyakannya di pimpin dari orang Islam ,Seharusnya merasa gembira apabila ada dari kalangan parti yang berani berkata benar dan hak.membela Islam dan hukumnya ni tidak terbalik pulak sokong Ulamak dan undang-undang Islam pulak berhadapan dengan tindakan ..Yang melawan Serra menolak hukum Islam pulak di pandang sebagai hero..

image

Sebagai orang Islam seharusnya menyokong Adun Penanti ini bukannya bersekongkol dengan munafik kafir yang sememangnya tidak menyukai Islam ..Kenapa beliau perlu di panggil dan di kenakan tindakan sedangkan apa yang beliau lakukan adalah menyokong agamanya ,adakah ini di anggap salah do mata pemimpin PKR,TEPUK DADA TANYA IMAN..

image

Jom kita sokong mereka yang menyokong Islam dan hudud tolak mereka yang menolak kepada Islam dan undang-unfangnya..sebagai orang Islam generasi Muda aku menyeru supaya menyokong PAS kerana Islam dan perlaksanaan hukum beserta undang-undangnya..Seharusnya kita umat Islam bersatu Tampa memikirkan Dari mana asal-usul,warna kulit,kedudukan dan ideologi politik kita kerana kita lihat orang bukan Islam bersatu menyerang kita menolak perlaksanaan hukum kanun syariah@hudud yang lansung tidal ada kena mengena dengan mereka..Jadi apa salahnya kita bersatu demi pertahankan dan memenangkan Islam agama kita..

Ada Jugak Adun DAP Yang Kata GST Jangan Pertikai…

image

Ada jugak yang dok sokong GST!!! …
Dalam kita rakyat Malaysia kesana kemari demo tentang pelaksanaan GST mangkuk ni pulak kata jangan petikai Ha.ha.ha.harammmm..

DAP Sekarang ni melalui yb-yb mereka nampaknya semakin memusing lidah dah macam bewak sat cakap itu sat cakap ini tak konsisten lansung.

Apa tidaknya yang hudud baik Untuk kemakmuran rakyat hangpa pertikai dan tentang,….mai dekat GST yang menyusahkan rakyat hangpa boleh kata tak payah pertikai ? Apa punya ding-dong ni..

Lepas ni nanti keluaq kenyatan ,Dap mengangap kenyataan Adun dari Perak itu adalah kenyataan Peribadi Dan tidak mewakili pendirian Parti…..

Adun Dap lu kena ingat lu tak pertikai takpa lu Adun kaya -raya kita rakyat yang angkat lu kena la pertikai tak kaya macam lu mee megi pun naik macam mana tak pertikai,lu sendiri mau ingat LA haaaaa..

Kat bawah ni aku sertakan harga barang naik dan turun sebelum dan selepas GST ……

TURUN HARGA
– BERAS SUPER (TEMPATAN) (ST15%) 10KG RM19.65 – RM19.61
– BERAS CAP RAMBUTAN (SST15%) 10KG RM25.90 – RM25.85
– BAWANG BESAR KUNING (HOLLAND) 1KG RM3.30 – RM3.29
– ROTI SANDWIC GARDENIA 400G RM2.40 – RM2.39
– ROTI SANDWIC HIGH 5 400G RM2.40 – RM2.39
– NESCAFE CLASSIC 200G RM17.00 – RM16.38
– YOGURT NESTLE (TANPA LEMAK) 135G RM1.90 – RM1.88
– AYAM BERSIH – STANDARD 1KG RM7.10 – RM7.08
– AYAM BERSIH – SUPER 1KG RM8.50 – RM8.47
– MINYAK ANGIN CAP KAPAK 10ML RM4.95 – RM4.94
NAIK HARGA
– MI SEGERA MAGGI 2 MINIT PERISA KARI 5x79G RM4.50 – RM4.59
– SARDIN CAP KING CUP 9SOS TOMATO) 155G RM3.10 – RM3.28
– KICAP LEMAK MANIS CAP KIPAS UDANG 345ML RM5.40 – RM5.71
– BISKUT CREAM CRACKER CAP HUP SENG 428G RM3.95 – RM4.03
– SOS CILI MAGGI 500G RM3.85 – RM3.93
– TEPUNG JAGUNG (BERBUNGKUS) 400G RM1.80 – RM1.90
– MILO (PAKET) 400G RM8.20 – RM8.66
– SUSU ISIAN PEKAT MANIS CAP TEAPOT RM3.40 – RM3.60
– BURGER AYAM RAMLY ORIGINAL 6 KEPING RM5.50 – RM5.61
– AIR MINERAL SPRITZER 600ML RM1.50 – RM1.58
TIADA PERUBAHAN HARGA
– TELUR AYAM GRED A 10 BIJI RM4.40
– TELUR AYAM GRED B 10 BIJI RM4.15
– TELUR AYAM GRED C 10 BIJI RM4.10
– MI KUNING BASAH 500G RM1.20
– REMPAH SUP BUNJUT ADABI 8G RM1.10
– CILI KERING KERINTING – BERTANGKAI RM1.30
– GARAM HALUS BIASA 350G RM0.80
– ASAM JAWA (BERBIJI) 200 G RM1.30
– KEPAK AYAM 100G RM1.30
– DADA AYAM 100G RM1.20
Sumber maklumat: Buku Panduan Harga Pengguna (Zon Tengah)

(SUMBER SH)

DAP,PKR Sabah Tinggalkan PAS Kerana Hudud..

image

Apa dah jadi dengan PR Sabah berkecai Sudan…

Tindakan yang di ambil oleh DAP dan PKR Sabah memutuskan Untuk tidak lagi bersama PAS dalam PR adalah sesuatu tindakan yang boleh aku anggap sangat lemah dan terburu-buru ..Kenapa perlu DAP dan PKR harus tinggalkan PAS hanya kerana Ruu hudud Kelantan? Sedangkan tak ada kenamengena pun dengan negeri tersebut apa yang harus ditakutkan, lagi pun sekirannya di luluskan langsung orang yang bukan beragama Islam tidak terlibat…

PKR yang diharapkan untuk menyokong lain pulak jadinya,Sebaliknya bersama-sama DAP menolak hukum hudud ..Jadi bolehlah aku andaikan sebenarnya PKR masih lagi berdarah Umno cuma bertukar baju perangai tetap sama…Kini nampaknya PAS akhirnya berjuang untuk menegakan hukum Allah itu kembali bersendirian ….

  • E-Buku IH-75: Dr Mohamed Mursi, Mujahid Akhir Zaman.
  • https://i0.wp.com/www.keadilandaily.com/wp-content/uploads/2013/03/PRU-13.jpg


  • Mei 2024
    I S R K J S A
     12345
    6789101112
    13141516171819
    20212223242526
    2728293031  
  • Flag Counter


  • nanatanjungcafe74.wordpress.com value
  • nanatanjungcafe74.wordpress.com CY/PageRank
  • nanatanjungcafe74.wordpress.com Real PageRank
  • nanatanjungcafe74.wordpress.com Alexa/PR
  • Free Domain Name
  • Cheap Web Hosting Sites
  • Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 78 other subscribers
  • Nanacafe74
  • Penang State